Hiburan
Pelakon Edika Yusuf boleh jaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun dan dia tak kahwin lain

Pelakon Edika Yusuf boleh jaga isterinya yang lumpuh selama 12 tahun dan dia tak kahwin lain
Ibarat 1 dlm sejuta.. sedangkan Edika Yusuf handsome giler orangnya.. tetapi dia tetap setia dengan isterinya walaupn dia bkn seorg ustaz.. kalo dh jenis spesis lelaki tak setia isteri cantik macam mana pun tetap menggatal..
Jom imbas kembali kisah Edika Yusof Yang Tetap setia menemani dan menjaga isterinya walaupun lumpuh 12 tahun
12 tahun jaga isteri lumpuh, peminat kesal pernah anggap Edika Yusof ‘playboy’
NAMANYA pernah dipuja peminat. Wajah tampannya ketika itu menjadi igauan ramai. Dia punya kelebihan untuk menarik perhatian mana-mana wanita. Namun, dia memilih untuk setia kerana sedar harga kesetiaan itu cukup mahal.
Dalam satu temuramah dengan stesen radio Sinar FM, pelakon Edika Yusof berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kira-kira 12 tahun lalu.
Perkongsian di laman Facebook Sinar FM itu mendapat perhatian ramai pengakuan Edika yang langsung tidak terfikir untuk berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Kahwin dua takkan menyelesaikan masalah. Jika ditakdirkan isteri kedua juga lumpuh, bermakna bertambah juga tanggungjawab saya,” kata Edika.
Selain rasa simpati, ada netizen yang meluahkan rasa kesal kerana pernah mempunyai tanggapan negatif terhadap Edika.
Edika, di zaman kegemilangannya, sering dianggap ‘playboy’ dan kasanova kerana gaya dan ketampanannya. Ditambah pula dengan watak Jefri, lelaki yang cintanya berubah sekelip mata dalam filem box office Maria Mariana, yang dilakonkan Edika, seolah-olah menguatkan lagi tanggapan itu.
Antara luahan yang paling mendapat perhatian adalah dari seorang pengguna Facebook dengan nama Nun Husna.
Seorang lagi pengguna Facebook, Nor, juga tidak ketinggalan meluahkan rasa terharu dengan status berikut. Kata Nor, dia kagum dengan kekuatan yang dipamerkan Edika walaupun diuji dengan sebegitu hebat.
“Ada suami yang nak tunggu isteri selesai berpantang pun tak mampu.
“Apabila berdepan masalah dan sumber rujukannya adalah Allah, maka Insya Allah terangkatlah darjat seorang hamba,” tulis Nor.
Video pengakuan Edika itu telah mendapat 1.4 juta tontonan, dengan lebih 47 ribu perkongsian.
sumber: astro awani & himpunan doa harian
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
-
Hiburan6 months ago
Saya Tidur Dengannya Sampai Umur 17 Tahun – Shuib Mula Ceritakan Detik Hitam
-
Hiburan10 months ago
Ketika Geland4ngan Di Temuramah Buletin Utama, Keluarga Ternampak Abangnya Yang Terpisah Selepas 24 Tahun.
-
Hiburan10 months ago
Wanita misteri Berjubah hitam muncul di Menara City One timbul tanda tanya
-
Hiburan10 months ago
Ingat keluar merayau saja-saja ke BAB*?” – Niat Nak Tolong Mak COD Barang, Tapi Disalah Erti Sebab PKP
-
Hiburan10 months ago
Disoal Sama Ada Leon Dididik Cara Islam, Ini Jawapan ‘Win’ Rihana Petra
-
Hiburan9 months ago
“Tak Payah Hantar Perempuan S3ksi Untuk…” – Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetvs Prop4ganda Murt4d
-
Hiburan9 months ago
Inilah 4 Benda Yang Tidak Boleh Disimpan Di Dalam Peti Sejuk!
-
Hiburan10 months ago
“Gordon Ramsay pun nervous dengan dia” – Netizen dedah siapa sebenarnya ibu Zarina Anjoulie, seorang ‘lagendary women’