“s4kit perut sampai guling-guling, masuk makanan je mvntah…” Mulanya Ingat App3ndix, Umur 7 Tahun Terpaksa Buang Ov4ri

Tak ada sebelah ov4ri tak boleh mengandung? Kata-kata ini begitu menghantui wanita yang ‘tidak cukup sifat’ sebagai seorang wanita apabila terpaksa membuang sebelah ov4rinya. Lebih-lebih lagi apabila terpaksa membuangnya dalam usia yang begitu muda.

Pengalaman Wajihah yang terpaksa membuang ov4ri di sebelah kiri ketika usia 7 tahun ini wajar dijadikan inspirasi buat wanita lain.

Kongsinya “Kalau nak bahas dari sudut medical, saya tak ada ilmu tentang itu. Tapi saya yakin dengan rezeki Allah SWT selagi mana ada rahim, ada tempat produce telur, ada segala-galanya yang perlu ada pada seorang wanita, insyaAllah cepat atau lambat pasti Allah SWT akan rezekikan rezeki anak. Bila waktunya kita tak tahu…semuanya dalam rahsia Allah SWT.

Kilang ov4ri saya sebelah kiri dibuang masa saya umur 7 tahun. Awalnya saya kena oper4te app3ndix. Saya ingat semua saat tu. Saya sakit perut sampai guling-guling, masuk makanan je muntah.

Pada usia tu apa yang saya tahu tentang sakit? Hanya tahu menangis sepanjang hari. Tapi sakit itu saya ingat, memang sangat sakit. Berlarutan hampir seminggu sebelum doktor suspek app3ndix dan kena oper4te segera sebab dah membesar nak pecah.

Dipendekkan cerita, masa nak masukkan semula usus tu doktor tertolak satu benda keras. Check semula rupanya ov4ri kiri saya dah biru memburuk. Andai kata waktu tu doktor tak perasan, saya berdepan risiko lain plak. Jadinya doktor lakukan satu lagi pembedahan waktu yang sama. Seharian dalam bilik pembedahan. Masa tu Allah SWT dah selamatkan saya. Ya lah, budak umur 7 tahun..dosa tak ada lagi.

Umi cakap, abah pucat tunggu oper4tion habis. Umi memang menangis dah sebab dia bayang saya nanti tak leh pregnant. Selepas 3 bulan pembedahan, doktor panggil umi dan abah dan terangkan kesan tiada sebelah ov4ri. Betul sangkaan umi, anggaran doktor bagi, tiada masalah untuk mengandung tapi mengambil masa atau tempoh yang lama. Mungkin bertahun dan anak pula tak ramai.

Itu kata-kata daripada seorang makhluk ciptaan Allah SWT. Kita merancang tapi Allah sebaik-baik perancang. Betul tak?

Saya inform suami saya mengenai ini kalau tak silap dua minggu lepas taaruf sebab time tu baru dapat hubungi satu sama lain. Dia cakap dia tak kisah. Once dia dah buat pilihan memilih saya, maka saya lah yang terawal dan terakhir (insyaAllah, amin)

Lepas kawin dan anak pertama lahir pada usia perkahwinan tak sampai setahun, umi orang paling seronok. Mungkin sebab kejadian yang lalu masih dalam memori.

Lepas bersalinkan puteri kedua, umi panggil saya…dalam kami bersembang umi cakap tak sangka juga secepat ni saya boleh mengandung. Malah ada seseorang pesan kat umi minta umi abah khabarkan pada keluarga bakal suami yang saya ni tak boleh bagi anak supaya katanya mereka tak tertipu.

Allah..begitu sekali anggapan orang. Sepertinya kita ini tidak lagi berfungsi menjadi seorang wanita. Apapun, Allah Maha Hebat. Kuasa Allah tiada tandingannya.

Kalau tanya pasal tip, saya sungguh tak tahu nak bagi tip apa sebab saya sendiri serah penggantungan saya sepenuhnya pada Allah SWT. Sampai pada hari nikah pun, saya doa banyak-banyak mintak Allah SWT permudahkan. Memang berdebar bila kita ada pengalaman macam ini kan. Apapun, bersangka baik dengan aturan Allah..bahagian saya, mungkin Allah akan uji dengan bentuk uji4n yang lain pula. Wallahualam,” kongsi Wajihah.

sumber : nona

Via:sweetnutella

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply