Parodi drama Nur 2 bawa tuah, Shuk bolot RM100,000. Memang kelakar Habis

MEMPERTARUHKAN babak dalam drama popular Nur 2, pelawak Shuk menepati ramalan apabila muncul sebagai juara pertandingan akhir Super Bintang Bersama Bintang 2019 (Super BBB 2019) yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, malam Ahad.

**Video Parodi drama Nur 2 di pautan terakhir artikal

Kemenangan itu sekaligus melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Empat peserta lain yang turut bertanding pada malam tersebut adalah Chiwan, Mamak Puteh, Sharif Zero dan Achey.

Pada peringkat akhir tersebut, kesemua peserta diberi enam minit untuk mempersembahkan kreativiti masing-masing.

Penampilan Azhan Rani dalam persembahan Shuk menerima tepukan gemuruh penonton.

Lima artis jemputan iaitu Jihan Muse, Afdlin Shauki, Heliza Helmi, Black Hanifah dan Fikry Ibrahim turut tampil di pentas akhir Super BBB 2019 bagi membantu para peserta mengadakan persembahan.

Dua juri iaitu Mark Adam dan Saiful Apek mengadili kesemua peserta akhir Super BBB 2019 menerusi 50 peratus markah manakala 50 peratus lagi daripada undian Sistem Pesanan Ringkas (SMS).

Sementara itu Shuk ketika ditemui memberitahu tidak menyangka gelaran juara Super BBB 2019 menjadi miliknya kerana setiap peserta memiliki kekuatan tersendiri.

Black Hanifah menceriakan persembahan Achey.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 32, berkata, dia sudah lama membuat menyimpan hasrat menjemput Jihan dalam persembahannya.

“Sebenarnya sudah lama saya buat percaturan untuk mendapatkan Jihan Muse. Dari segi idea, saya sudah berbincang dengan Jihan. Konsepnya adalah sketsa yang diparodikan.

“Kebetulan juga drama Nur 2 sedang hangat, jadi ia masa yang sesuai untuk mempersembahkannya. Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada Azhan Rani kerana kehadirannya sangat memberi impak,” katanya.

Selain itu Shuk berkata kemenangan itu juga merupakan rezeki anaknya yang bakal lahir tidak lagi.

Heliza Helmi turut sama memeriahkan persembahan Sharif Zero.

“Saya betul-betul rasa seperti menumpang rezeki anak kerana isteri sedang hamil enam bula anak kedua kami.

“Saya juga merancang untuk bawa keluarga ke umrah,” ujarnya.

Program tersebut turut disiarkan secara langsung pada pukul 9 malam menerusi TV3 dan dihoskan oleh penyanyi, Elly Mazlein.

VIDEO: Shuk dan Jihan Bintang Mencari Bintang

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : KecohBetul

Be the first to comment

Leave a Reply