‘Pulangkan hak saya’ – Ezlyn

“Sila bayar hutang yang awak hutang saya. Jangan tak mengaku bila orang suruh bayar. Jangan tuduh orang lain yang hutang awak pula,” tulis penyanyi Ezlyn Ariffin di media sosial semalam yang menuntut bekas suaminya, Adam Fahmy membayar hutang berjumlah RM23,642.

Menerusi pendedahan itu, Ezlyn meminta bekas suaminya itu menyelesaikan bil tertunggak terlebih dahulu sekiranya mahu menjual rumah.

“Kalau awak nak jual rumah ini, bayar dulu bil-bil tertunggak yang awak tinggalkan dulu,” tulisnya.

Ezlyn turut mendedahkan jumlah hutang itu termasuk yuran perkhidmatan berjumlah RM13,000, bil elektrik RM4,000 dan semua hasil kerjanya sejak 11 tahun lalu.

“Tolong sampaikan pesanan ini kepada si polan sebab si polan ‘block’ saya,” tulis penyanyi itu lagi.

Dia turut mendedahkan nama penuh Adam selain mendakwa bekas suaminya itu memberi alasan enggan bayar hutang kerana artis lain yang berhutang dengannya.

“Pulangkan dulu hak saya barulah awak ada hak dalam hasil jualan rumah ini, mengerti?

“Tolong sampaikan pesanan ini kepada si polan sebab si polan ‘block’ saya,” tulis penyanyi itu lagi.

Dia turut mendedahkan nama penuh Adam selain mendakwa bekas suaminya itu memberi alasan enggan bayar hutang kerana artis lain yang berhutang dengannya.

Ezlyn mendakwa Adam seolah sengaja menuduh pelakon Siti Saleha pula yang berhutang dengannya.

“Dia boleh tuduh Siti Saleha pula, kesian ‘budak’ itu tak pasal-pasal kena,” luah Ezlyn.

Beberapa kenalan penyanyi itu yang mengikuti perkembangan isu berkaitan turut mendedahkan mereka juga gagal menghubungi Adam selain mendakwa nombor mereka turut disekat oleh Adam sebelum ini.

Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy yang juga bekas pengurus peribadinya pada 20 November 2011 namun bercerai pada 23 Oktober 2017.

Sumber : goisho.com

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply