[VIDEO] Pemuda Buta Dan Autism Buat Juri America’s Got Talent Terpaku Dengan Bakatnya! Memang Hebat!

Memiliki bakat nyanyian adalah sesuatu yang cukup luar biasa. Biarpun pemuda ini seorang autism dan buta, namun persembahannya cukup gempak dengan diiringi alunan piano yang dimainkannya sendiri.

Kodi Lee adalah seorang penyanyi dan pemain piano. Dia membuat persembahan yang cukup memukau di pentas America’s Got Talent musim ke-14.

Menyanyikan semula lagu ‘A Song For You’ nyanyian Donny Hathaway’s, pemuda berusia 22 tahun ini menaiki pentas dengan ditemani ibunya.

“Kami dapati dia sangat meminati muzik sejak dari awal lagi. Melalui muzik dan persembahan dia dapat bertahan untuk hidup dalam dunia. Buat penghidap autistik, memang sukar untuk lakukan perkara yang sama dengan orang biasa. Bermain muzik sebenarnya menyelamatkan kehidupannya,” kata ibu Kodi Lee.

Persembahan memukaunya itu mengejutkan semua orang di dalam dewan. Sebaik sahaja mula menyanyi, kelihatan mimik muka Simon yang terkejut dengan suara yang dimilikinya. Malah barisan juri lain juga turut terpaku dan tersentuh dengan persembahannya.

Persembahan Kodi mendapat tepukan gemuruh seluruh penonton dan standing ovation. Memang mengagumkan bakat yang dimiliki pemuda ini!

Bukan itu sahaja, dia juga menerima ‘golden buzzer’ yang melayakkannya terus layak ke pentas akhir!

Ini adalah persembahan dari Kodi Lee yang membuatkan penonton dan juri terpaku:

Sumber: CNN

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply