“mandi dekat parit, tandas luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita,”Rumah inilah mengajar saya erti hidup sebenar – Shuib Sepahtu

Kejayaan dan kemewahan hidup yang dimiliki hari ini, tidak pernah melalaikan pelawak Shuib Sepahtu.Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Mohamad, yang mula mencipta populariti selepas memenangi program realiti Raja Lawak pada 2009, sentiasa mengingatkan diri dari mana asal usulnya.

Malah Shuib masih mengingati rumah kayu, tempat dia dilahirkan dan dibesarkan sebelum ini.”Dari umur lapan bulan sampai umur 17 tahun,

 

ni lah rumah saya dibesarkan. Air ambil tiap-tiap petang pakai baldi, mandi dekat parit, tandas luar rumah, tidur pakai kelambu, lampu pakai pelita, motor tak ada tapi yang ada cuma basikal.

“Belanja sekolah 50 sen, Sabtu Ahad tangkap belut buat tambah duit sekolah. Tapi inilah rumah yang mengajar saya erti hidup sebenar.

“semoga anak – anak  isteri menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa saja ketentuan Allah.”Bersedia dengan setiap ujian Allah. Susah juga ujian, senang juga ujian,” jelas Shuib.” – MHE TV

Sumber:  MHE TV

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply