Terharu lihat Video Ardell Aryana bagi duit raya cash RM10 ribu kat mak.. Menangis terkejut.

 

Peluang untuk menggembirakan keluarga adalah suatu perkara yang paling indah sekali, mana tidaknya keluarga adalah segalanya bagi seseorang itu.

Begitulah yang dirasai oleh pelakon popular Ardella Aryana, yang memberikan hadiah duit raya kepada seluruh ahli keluarganya sebagai tanda ucapan terima kasih dan sayang.

Pelakon itu telah memuat naik video pemberian duit raya kepada ahli keluarganya di Instagram. Namun, apa yang menariknya, Ardella telah memberi duit raya menerusi cabutan bertuah.

Menurut Ardella, duit raya yang diberinya adalah hasil duit simpanannya yang dikumpul selama 3 tahun, dia juga telah mendedahkan nilai tertinggi duit raya secara cabutan bertuah adalah sebanyak RM10 ribu.Ada dalam adik-beradik Ardell mendapat RM3 ribu, RM800, RM1,500 dan nilai yang tersimpan dalam sampul raya, adalah berbeza.

Namun siapa sangka, ibunya telah berjaya mendapat duit raya sebanyak RM10 ribu. Sebaik mengetahui ibunya adalah insan bertuah tersebut, kelihatan ibu Ardell menangis terharu dan gembira.

Menerusi ruangan komen, ramai peminat yang terharu melihat video tersebut. Keikhlasan Ardell sebagai seorang anak yang soleh, terserlah selepas dia juga turut menangis bersama ibunya

Sumber : Ardell Aryana via celotehsaje

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply