[VIDEO] Kerja Pungut Sampah Demi Menampung 6 Orang Anak, Hasrat Bapa Ini Melihat Anaknya Berjaya Menamatkan Pengajian Tercapai!

Christito Quimado adalah seorang bapa yang sangat rajin bekerja demi menanggung kehidupan keluarganya. Berasal dari Filipina, bapa yang penyayang ini telah bekerja sebagai tukang angkut sampah sejak 20 tahun yang lalu.

Setiap hari, Christito yang kini berusia 51 tahun akan bangun seawal jam 3 pagi untuk memulakan tugasnya yang bermula sejam kemudian…

Meskipun tugas ini bukanlah satu tanggungjawab yang mudah dan boleh diterima, Christito berjaya menahan sabar demi kelangsungan hidup dia, isteri dan enam orang anaknya.

“Kerja saya bukan mudah, saya perlu menguruskan semua jenis sampah. Saya selalu mengalami luka akibat serpihan kaca yang tajam”.

Tambah Christito lagi, “Sebagai bapa, saya akan melakukan segala-galanya untuk menampung keperluan keluarga. Saya harus menempuh sebarang jenis pekerjaan untuk keluarga asalkan ianya halal.”

Setiap hari, Christito hanya memperoleh sebanyak RM42 sehari, Christito tetap bersyukur dengan rezeki yang diterimanya. Apa yang membuatkan bapa ini terus bersemangat untuk mencari nafkah adalah keinginannya untuk menghantar anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Christito sangat mengutamakan pendidikan anak-anak berbanding perkara lain dan akan memastikan dia menyimpan sejumlah wang untuk perbelanjaan persekolahan mereka.

“Agak sukar untuk menampung keluarga yang besar tetapi saya sanggup berkorban untuk mereka. Ada beberapa kali kami tidak mempunyai duit untuk membeli makanan… Pendidikan sahaja yang boleh saya wariskan untuk anak-anak.”

Terima kasih di atas segala usaha yang tidak pernah putus, Christito berjaya menghantar puteri sulungnya, Jenny Rose Quimado untuk melanjutkan pelajaran ke kolej. Malah, Jenny turut membuatkan bapanya bangga apabila dia berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam jurusan Sains dalam Teknologi Makanan dan Nutrisi.

“Saya tidak sabar untuk mula bekerja supaya saya boleh membantu menanggung pendidikan adik-beradik yang lain. Saya mahu bawa bapa pergi ke restoran yang bagus, membelikannya pakaian yang cantik. Terima kasih kerana sentiasa berada di samping kami. Saya sayang bapa,” kata Jenny.

“Apabila orang bertanya apakah pekerjaan saya, anak saya akan memberitahu mereka bahawa saya bekerja sebagai pemungut sampah. Dia langsung tidak berasa malu dengan apa yang saya lakukan,” ujar Christito.

VIDEO :

Bagi keluarganya, Christito adalah bapa terbaik yang boleh mereka bergantung harap selama mereka membesar. Meskipun Christito tidak mampu melimpahkan kehidupan keluarganya dengan kemewahan harta, tetapi dia berjaya membentuk sebuah keluarga bahagia.

Sumber: GMA Public Affairs/Youtube, SinarViral via EraBaru

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply