
Rangkaian pasaraya Econsave meraih perhatian ramai pengguna media sosial hari ini apabila mereka mengumumkan kekosongan untuk jawatan pereka grafik yang berpangkalan di pejabat mereka di Seksyen 36, Shah Alam, melalui laman Facebook dan Twitter.
Hi! Kami mencari individu kreatif dan inovatif untuk menjadi sebahagian daripada pasukan Pemasaran Digital kami. Layari https://t.co/9c5vkKhxBf untuk maklumat lanjut pic.twitter.com/J6ENXuWqR7
— Econsave (@econsavemy) June 19, 2019
Iklan jawatan kosong itu menarik perhatian kerana rekaan teksnya yang sengaja ditulis dengan cakar ayam dalam dakwat hitam pada permukaan putih menggunakan MS Paint untuk menekankan betapa mereka memerlukan pereka grafik dalam pengurusan mereka.
Jawatan itu memerlukan sekurang-kurangnya diploma, ijazah atau sarjana muda dalam bidang yang berkaitan atau pengalaman bekerja selama dua hingga tiga tahun. Iklan itu juga menegaskan mereka yang mempunyai kemahiran reka bentuk lebih “hodoh” dari yang ditunjukkan dalam iklan itu tidak dibenarkan memohon.
Posting Econsave itu berjaya mendapat perhatian ramai yang sedang cuba untuk memohon. Kebanyakkan netizen juga terhibur dengan strategi pengiklanan yang mereka ketengahkan.
“Ni lah cara designer berfikir…”
“Marketing boek…”
“Really good job advertisement…”
“Padu betul ads dia ni…”
“Ni iklan ke menganjing?”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Twitter
Leave a Reply