“Saya Cuba Sebaik Mungkin Untuk Tenangkan Dia…” – Neelofa Sebak Bila Fatimah Minta Allah Kembalikan Mamajeenya Hanya Untuk 1 Minit

Pelakon dan pengacara jelita, Neelofa mengakui terkesan dengan kesedihan si kecil Fatimah Omar Mukhlis selepas cef selebriti, Allahyarham Adam Mahamed Ismail (Adamdidam) meninggal dunia.

Kata Neelofa, dia sendiri sukar untuk menerima berita tersebut.

“Sebagai orang dewasa pun kita susah nak terima berita pemergiaan seseorang, apatah lagi anak kecil yang tak tahu apa-apa.

“Saya sendiri terkesan dengan kesedihan Fatimah sebab dia sangat rapat dengan arwah. Apa yang boleh saya katakan, baik Fatimah mahupun kami sekeluarga, kita masih mengenangkan pemergian arwah Adam dan berharap agar rohnya tenang di sana,” kata Neelofa kepada Gempak.

Mengimbas kembali perbualan antara Fatimah dengan dirinya sewaktu berada di Tanah Suci Makkah minggu lalu, hos program MeleTOP ini mencuba sebaik mungkin untuk menenangkan anak kecil itu.

“Baru-baru ni, Fatimah susah nak memberikan fokus di sekolah, sampai dia minta ibunya untuk menghubungi saya yang pada ketika itu berada di Makkah supaya saya minta pada Allah kembalikan Mamajee dia hanya untuk satu minit sahaja.

 

“Ketika itu, saya terus sebak… Saya sendiri tak tahu nak cakap apa pada dia. Paling menyentuh hati, bila saya dan Fatimah sedang berbual menerusi panggilan video, Fatimah minta saya doakan kepada Allah agar memberikan rumah dengan dapur dekat Mamajee dia.

“Allahuakhbar, masa tu, saya dah tak tahu nak memberikan reaksi apa sebab her request was so pure! Tapi saya cuba sebaik mungkin untuk tenangkan Fatimah.

“Saya cuba sampaikan doa Fatimah di depan Kaabah dan saya berharap bantual kecil terbabit dapat sedikit sebanyak menenangkan hati anak kecil itu,” katanya lagi.

Terdahulu, laman Instagram @thefamily.uk memuat naik paparan skrin perbualan antara Neelofa dan ibu Fatimah, Nor Ashila Mahamed Ismail mengenai kesedihan yang Fatimah alami selepas pemergian Adamdidam yang meninggal dunia pada 19 Mei lalu. 

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Last week, Allah sent us an angel all the way from the holy land of Makkah. I’ve been meaning to share this since last week, but I couldn’t find the right words to match the amount of love and support she has given us. She may not be here with us physically, but she has put in lots of effort and sacrificed her time for us. She spoke to Fatimah and showed her the house of God – the Ka’abah, trying to soothe the little girl with a broken heart. ? . And not only that, she stayed longer until after Isha’ prayer in front of the Ka’abah then called back to speak to Omar Mukhtar and Ali. She also checked on Fatimah to see how she was. No words could describe how blessed we were to have such a beautiful angel showering us with her love and prayers. May Allah bless her beautiful soul and keep her safe from any harm. Mamajee would be so happy to know that his dearly beloved are being surrounded by so much love from their Auntie Love…♥️ #BidadariDariMekah ? @neelofa

A post shared by The Family UK ?? (@thefamily.uk) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Instagram thefamily.uk via gempak

Be the first to comment

Leave a Reply