“Nak Habiskan Sisa Hidup Dengan Papa, Sekarang Hari2 Mesej Dia” – Nabila Huda

Pelakon Nabila Huda akui mahu membuka lembaran baru dan menghabiskan hidupnya bersama bapa kesayangannya, Amy Search.

Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkata dia berasa begitu gembira dan bersyukur apabila kemeIut keluarga yang meIanda mereka beberapa tahun lalu akhirnya telah terIerai.

“Mungkin ini kerana doa orang ramai yang ingin melihat keluarga kami bersatu. Alhamdulillah, saya terlalu gembira sehingga tiada perkataan yang dapat menggambarkan situasi sekarang.

“Tiada apa yang saya harapkan selain doa untuk keluarga kami. Saya ingin menghabiskan sisa hidup bersama dengan papa.

“Sehingga sampai hembusan nafas terakhir… Saya sangat2 sayangkan papa dan sekarang hari2 saya mesej dia.

“Saya hanya mahu dia tahu yang saya memang benar2 sayangkan dia dan saya tidak mahu berjauhan lagi,” ujarnya.

Abil ditemui pada majlis sidang media program realiti Muzikal Lawak Superstar bertempat di Harrd Rock Café pada Isnin.

Mengulas mengenai kemeIut bersama bapanya, Abil memberitahu dia enggan memanjaangkan isu berkenaan.

“Saya minta maaf atas apa yang saya dah lakukan selama ini, saya tak mahu perkara tersebut berpanjangan lagi.

“Walaupun sebelum ini saya gembira dengan  kehidupan bersama suami dan anak namun tetap merasakan ada sesuatu yang tidak lengkap… Keluarga saya tidak cukup tanpa papa…

“Apa yang berlaku itu kita buang yang keruh dan ambil yang jernih. Saya mahu mulakan kembali hidup baru.

“Jika ada merasakan sesuatu yang tidak puas hati, hanya perlu bagitahu… Apa sahaja kekurangan saya akan terima.

“Terima kasih juga kepada mereka yang tidak putvs2 mendoakan keluarga kami, saya sangat-sangat hargai,” ujarnya.

Terdahulu, nama Nabila dan ibu tirinya, Nourish hangaat diperkatakan berikutan perkongsian ucapan Hari Bapa yang dibuat pelakon terbabit kepada Amy di Instagram.

Nourish didakwwa membalas status berkenaan dengan mendakwwa, Amy tidak pernah mengajar anak-anak menyambut Hari Bapa. Ia menimbulkan kemarahan Nabila yang menganggap Nourish konon sengaja mencari alasan untuk berbaIah.

Sumber : Astrogmpak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply