Kejutan untuk ibu hampir siap – Mark Adam

PENYANYI Mark Adam mendedahkan kepulangannya ke kampung halaman di Filipina pada Mei lalu adalah bagi meninjau projek hadiah kejutan buat ibunya.

Mark ketika ditemui berkata, kejutan itu kini sudah siap 50 peratus namun enggan mendedahkan jenis hadiah yang ingin diberikan kepada ibunya.

“Saya hanya akan berkongsi mengenai hadiah kejutan ini apabila ia sudah siap 100 peratus. Buat masa ini, saya ingin rahsiakan kerana masih banyak yang perlu disiapkan.

“Hadiah ini adalah impian saya sejak kecil lagi. Memang saya sudah lama menyimpan niat untuk memberikan hadiah ini kepadanya. Dia ada nampak hadiah ini tetapi tidak tahu ia adalah untuknya,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Marry Me itu turut berkongsi bahawa album yang bakal memuatkan enam atau tujuh lagu bakal dilancarkan pada awal tahun depan.

“Sekarang ini saya tiada lagu baharu tetapi sedang sibuk menyiapkan album ketiga. Kemungkinan akan ada enam atau tujuh lagu dimuatkan dalam album ini nanti.

“Selain itu, saya juga ada terbabit dengan beberapa program televisyen dan menerima tawaran berlakon. Semoga peminat akan terus memberikan sokongan apa jua karya membabitkan saya,” katanya.

Sumber : Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply