‘Asal Makan Durian, Kita Geng Tuanku…’- Netizen

MUSIM durian tiba lagi. Bagi penggemar durian, inilah waktu yang ditunggu-tunggu untuk menikm4t1 keenakan raja buah itu. Bila tiba musimnya, pelbagai jenis durian bukan sahaja mudah didapati malah harganya pula memang murah!

Umpama pesta, platform media sosial juga meriah dengan perkongsian warganet mengenai keterujaan mereka menikm4t1 durian, tidak terkecuali, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Malah ciapan baginda mengenai durian di Twitter semalam menjadi tumpuan netizen.

“Saya minta maaf, sejak kecil lagi diajar oleh tok saya, makan durian pakai camca (sudu) garfu supaya tangan tak berbau.

“Begitu juga dengan rambutan, siap dikupas dan dihiris. Manggis juga begitu!,”

Sehingga malam tadi, posting itu bukan hanya menarik lebih 7,600 tanda suka malah diulang kicau lebih 4,600 kali. Ada dalam kalangan netizen turut mengucapkan terima kasih di atas tips berguna di kala musim raja buah itu.

“Tips yang bagus tuanku!,” tulis Fazri Hassan.

“Tak menjadi masalah tuanku, asal makan durian, kita geng,” tulis Zulhissham Yaakob pula.

“Bagus tuanku makan pakai sudu, sebab kadang nak bersalaman dengan orang, kalau tangan berbau durian, takut orang tidak selesa nanti ataupun takut orang tanya ‘tak ajak pun makan durian, dah satu kerja nak cari durian bagi kat dia nanti, hahaha’,” tulis Ben Baik.

Video Tunku Azizah yang merupakan penggemar durian mencari buah itu bersama pengiringnya pada waktu malam pernah tular sebelum ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: sinarharian

Be the first to comment

Leave a Reply