“Netizen Hanya Nampak Saya Pakai Jubah, Mereka Tak Tahu Perangai Sebenar Saya..,” – Mira Filzah Dedah Perangai Dulu-Dulu

Pelakon dan pengacara Mira Filzah ada berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar seorang artis.

Kongsi Mira menerusi Youtube rasmi Michael Ang, Chit Chat with Michael Ang baru-baru ini, dia amat menitiberatkan naskah lakonannya apabila bergandingan bersama pelakon lelaki.

“Sebelum saya terima sesuatu tawaran berlakon, saya akan baca sinopsis. Dari situ, saya tahu jalan penceritaannya, 

“Tapi sebagai seorang pelakon, saya juga nak pegang karakter yang berbeza,

“Apa yang penting adalah hubungan komunikasi antara pengarah, dan pelakon (lelaki) untuk berbincang dari segi lakonan, apa yang boleh dan juga sebaliknya,” kata Mira yang seronok dengan kerjayanya kini.  

Akui pelakon berusia 26 tahun ini lagi, dia mendedahkan bahawa dia terlibat dengan bidang peragaan sebelum bergelar selebriti.

“Sebelum saya masuk industri ini (hiburan), saya banyak buat photoshoot model Muslimah iaitu pakaian jubah. Jadi mereka (netizen) hanya nampak saya memang dengan imej yang berjubah. 

“Tapi realitinya, semasa saya belajar dulu, saya memang sudah mengenakan jeans semasa. Saya sertai kelab kebudayaan, menari sempena makan malam di fakulti saya belajar dahulu. 

“Jadi, mereka tidak nampak semua itu, mereka hanya nampak saya dengan pakaian ‘jubah’,” jelas Mira.

Terdahulu, bintang cantik ini turut memaklumkan dirinya sudah pun mengenakan tudung sejak umur 18 tahun.

Bergelar seorang selebriti Muslimah, dia mempunyai had antara lelaki dan perempuan.

“Tambahan pula, kita di negara Islam di Malaysia yang ada batas antara lelaki dan perempuan,

“Peminat dan artis kena ada batas dari segi bergambar, berbual antara lelaki dan perempuan,” akur Mira.

Dalam perkembangan lain, Mira akan bergandingan bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak menerusi filem Sangkar yang akan ditayangkan pada 29 Ogos depan.

Video : Youtube

Sumber: MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply