
Setiap kanak-kanak ada kelebihan mereka sendiri. Biarpun usia mereka masih mentah namun sifat suci mereka kadang-kadang boleh mencuit hati.
Sama seperti adik Maisarah ini yang gelagat comelnya sering mencuri tumpuan orang ramai. Dia pernah tular kerana aksinya ketika bermain hula hoop sangat comel dan mencuit hati.
Tapi kali ini gurunya berkongsikan satu lagi rakaman ketika mengadakan satu eksperimen di sekolah.
Menurut gurunya, Fazri Hassan eksperimen tersebut dilakukan mereka sempena Minggu Sains Negara.
Dalam rakaman berdurasi 45 saat itu kelihatan di hadapan Maisarah ada dua bekas berisi air yang satu berisi telur yang tenggelam di dalam air jernih dan satu lagi bekas air yang nampaknya sedikit keruh.
Maisarah diminta mengambil telur itu dan dimasukkan ke dalam bekas berisi air keruh itu dan kelihatan telur itu timbul.
Namun reaksi Maisarah yang pelik dengan eksperimen itu mencuri perhatian netizen.
Jom lihat gelagat Maisarah dalam rakaman berikut:
YES!!! I've got them in awe today!
Sempena Minggu Sains Negara, sempatlah juga selitkan eksperimen sains walaupun tahap satu tak belajar lagi.
Eksperimen ringkas spt ini mengingatkan saya kembali kepada diri saya sendiri masa sekolah rendah dulu yang penuh dengan keingintahuan. pic.twitter.com/usJzvRhpFJ— Fazri Hassan (@FazriHassan) August 7, 2019
Video yang dikongsikan oleh Cikgu Fazri Hassan ini raih 288,400 tontonan sejak dimuat naik di laman Twitternya semalam.
Malah lebih dari 28,000 retweets dan 24,500 tanda suka dari netizen.
Rata-rata netizen ramai yang geram dengan gelagat adik Maisarah yang comel ini dan meninggalkan komen seperti berikut:
Sumber: Fazri Hassan via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply