[VIDEO] Kongsi alat ujian kehamilan, Bella Dally kini hamil anak pertama

Bella Dally kini meniti saat – saat bahagia bersama suami barunya setelah bercrai dengan pelakon Nazim Othman. Menerusi update terbarunya di laman ig milik beliau. Bella kongsikan video memaparkan alat kehamilan yang bertanda positif yang menunjukan beliau hamil anak pertama. Ramai rakan- rakan artis dan peminat Bella mengucapkan tahniah atas berita gembira ini. Kami turut mendoakan agar kandungan Bella sihat dan mendapat anak yang soleh atau solehah kelak.

VIDEO :

Antara komen ntizen,

Semoga dengan kehadiran anak nnti akan mengeratkan lagi hubungan suami isteri.

Sebelum itu, menurusi laporan mstar Bella Dally memberitahu dia tidak mahu terlalu berkongsi perkembangan mengenai kehidupannya selepas berkahwin di laman sosial.

Bella atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 28, berkata perkara itu berikutan belajar daripada kesilapan terdahulu dan mahu menjadi lebih privasi.

Bagaimanapun, kata Bella ada masa, dia akan menjadi terbuka untuk berkongsi mengenai kehidupan peribadinya.

“Memang sengaja tak nak muat naik sangat perkembangan mengenai kehidupan selepas berkahwin pun. Saya menjadi lebih melindungi kali ini.

“Saya belajar dari kesilapan. Kali ini tak nak terlalu terdedah. Saya rasa, saya lebih mahu menjadi privasi mengenai perkara itu.

“Tapi kadang-kala saya menjadi terbuka. Tak tahu macam mana nak jelaskan,” katanya.

Bella mendedahkan perkara itu bagi menjawab soalan daripada peminat yang mahu mengetahui kehidupan aktres itu selepas mendirikan rumah tangga di Instastory.

Pelakon telefilem Cubaan Bahagia ini berkahwin dengan ahli perniagaan iaitu Arif Izuddin Mohd Radzali pada 31 Mac lalu.

Sebelum ini, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Nazim Othman pada 10 September 2016 namun bercrai pada 2 Mei 2018.

Dalam pada itu, Bella juga menerima pertanyaan di Instastory mengenai dirinya pandai memasak.

Menurut Bella, tidak ada masalah sekiranya seorang isteri yang baru tidak tahu memasak kerana boleh berusaha untuk belajar dan berlatih.

“Pandai ke tak pandai tu ke semua belakang cerita… Yang penting berusaha dan ada minat.

“Untuk isteri yang baru berkahwin di luar sana, tak apa kalau awak tak tahu lagi macam mana nak masak.

“Perlahan-lahan belajar dan berlatih. Saya janji, mereka akan hargai usaha anda!,” ujarnya.

Sumber : Ig Belladally, Mstar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply