
Perkara itu sebelum ini heboh diperkatakan dalam kalangan pihak produksi yang bertanyakan kepada pengurusan Erra, Mind Order Sdn Bhd, kemungkinan pengacara program Mingguan Wanita itu sudah dirisik dan akan bernikah dalam waktu terdekat.
Ditanya perkara itu, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 45, yang dihubungi hari ini, ternyata terkejut.
Dia bagaimanapun menegaskan, apa yang diperkatakan mengenai dirinya mahu bernikah itu tidak benar sama sekali.
“Saya baru pulang daripada menunaikan ibadah haji dan sepanjang mengerjakan rukun Islam kelima ini, isu mahu bernikah dalam waktu terdekat langsung tidak ada dalam kamus hidup.
“Tak tahulah pula saya kalau ada jejaka di luar sana yang mahu membuat kejutan dengan masuk meminang,” katanya.
Menurutnya, dia sendiri tidak pula mendengar mengenai dakwaan terbabit dan tegasnya kalau benar pasti dia sudah mengetahuinya lebih awal.
“Saya pun hairan macam mana cerita ini boleh timbul, sedangkan baru saja balik dari Tanah Suci.
“Kalau betul ada khabar angin mengenai isu mahu bernikah mengapa tidak ada orang yang terdekat dengan saya bertanya atau memberitahu,” katanya.
Kata Erra, dalam pertemuan dengan beberapa wakil media sebelum ini, tidak seorang pun yang bertanya mengenai isu terbabit.
“Kalau betul ada khabar angin kuat mengatakan saya mahu bernikah mesti awal lagi mereka sudah bertanya,” katanya.
Sumber : Harian Metro
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply