Terima ucapan tahniah, akhirnya Naim Daniel bertunang?

Tindakan penyanyi dan pelakon, Naim Daniel memuat naik sekeping gambar yang lengkap berbaju Melayu dan samping mengundang perhatian peminat dan pengikutnya di laman Instagram.

Gambar tersebut kelihatan Naim atau nama penuh Muhammad Naim Daniel Baharin dibantu kakaknya, Emylia Izzati yang sedang membetulkan samping busana berkenaan.

Beliau memberitahu, dia sedang melakukan persiapan bagi mengadakan majlis pertunangan.

Lebih mengejutkan apabila penyanyi lagu Sumpah itu memberitahu, dia sedang melakukan persiapan bagi mengadakan majlis pertunangan.

“Wanita ini sentiasa berada di sisi untuk tolong betulkan samping saya. Sejak saya masih keciI..

“Dan sampai sekarang untuk persiapan majlis pertunangan saya, dia masih menjalankan tugasnya. Sayang awak, kakak. Menghitung hati,” tulisnya.

Rata-rata terkejut dengan pengumuman secara tiba-tiba itu namun ada juga yang mengucapkan tahniah atas ‘pertunangan’ tersebut.

Walau bagaimanapun, semua itu sekadar hanya gurauan semata-mata menerusi penjelasan Naim di ruangan komen posting berkenaan.

Ada je idea dia ya..

Sumber : Naim Daniel

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply