
Selepas lakonannya dalam drama ‘Sweet Dreams’ menjadi satu fenomena luar biasa, nama Ben Amir semakin dikenali oleh rakyat Malaysia. Berpenampilan rambut panjang lurus dalam drama tersebut membuatkan ramai gadis ‘cair’ bila melihatnya.
Terbaru menerusi laman Instagram milik pelakon ini, Ben Amir berkongsikan sebuah teaser hasil lakonannya berjudul ‘Penaklukan Syaitan. Sebuah telemovie arahan Michael Ang, melihatkan pada teaser yang dikongsikan itu ia bergenre seram.
Lebih istimewa, kali ini Ben Amir kelihatan memegang watak menjadi hantu, berbeza dengan watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini. Nampak macam menjadi watak yang dipegangnya itu. Seram!
Teaser Penaklukan Syaitan
Jom tonton teaser yang dikongsikan oleh Ben Amir ini…
Baru tiga jam dikongsikan di Instagram Ben Amir ini, video teaser ini telah meraih lebih 77,000 tontonan.
Untuk info, telemovie ini akan ditayangkan pada 19 Oktober 2019, Sabtu di Astro Citra. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
“Sis is tak sabar nak tengok”
“Seramnya! Actually tak suka cerita hantu tapi sebab Ben yang berlakon kena tengok jugak”
“Jadi setan pun hensem”
“Macam best”
Sumber: Ben Amir / Michael Ang via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply