Guru Ini Tukar Konsep ‘Rumah H4ntu’ Untuk Karnival Sekolah Dengan Rumah 5 Alam. Kreatif!

Menjelang hujung tahun banyak sekolah yang mula mengadakan karnival atau pun hari keusahawanan yang membolehkan ibu bapa, guru dan murid berhibur sambil mengeratkan silaturahim.

Namun setiap sekolah juga ada matlamat masing-masing bersempena dengan acara ini. Ada sesetengah sekolah yang mengusahakan sendiri dari sekecil-kecil perkara sehinggalah yang paling gempak.

Aktiviti menarik

Antara aktiviti yang sering diadakan adalah rumah hantu. Memang seronok jika dapat masuk rumah hantu ini. Perasaan yang mampu meningkatkan adrenalin anda!

Namun baru-baru ini seorang guru berkongsikan peralihan norma dari rumah hantu ke ‘Rumah 5 Alam’.

Menurut guru bernama Mohd Fadli Salleh ini, dia mengambil maklum apabila ada yang memberi teguran bahawa rumah hantu tidak elok untuk kanak-kanak kerana dengan menakutkan mereka boleh buat mengigau, histeria dan sebagainya.

‘Rumah 5 Alam’

Tambahnya lagi, ‘Rumah 5 Alam’ ini berkonsepkan rumah yang terbahagi kepada alam kandungan, alam kehidupan, alam kubur, alam barzakh dan alam roh.

“Di sudut-sudut dihiasi dengan kubur, soalan yang ditanya dalam kubur, apa pula yang berlaku pada mayat orang beriman, apa yang berlaku pada orang yang banyak lakukan maksiat,” tulisnya di laman Facebook.

Bukan itu sahaja, juga ada sound system yang mengeluarkan bunyi seperti “Ma raobbukaaaa?” dan “Tuhan! Hidupkan aku kembali! Aku nak bersedekah. Aku nak buat amal ibadah!”

Tujuan mereka mengubah konsep ini adalah dengan harapan anak-anak murid lebih beriman serta dapat memberi pengajaran sambil mendidik mereka.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Mohd Fadli Salleh via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.