“InsyaAllah 2020 Sambung Pengajian Peringkat Sarjana,” – Azam Sukses Fikry Ibrahim

Baru sahaja menamatkan pengajian dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengiklanan Media Komunikasi, pelakon Fikry Ibrahim bakal menyambung pengajian ke peringkat sarjana.

Ikutkan perancangan, bintang itu bakal menyambung pengajian pada tahun 2020.

Jelasnya kepada MH, proses menuntut ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Walaupun sibuk dengan dunia lakonan dan sedang mengembangkan perniagaan, namun dia nekad demi segulung ijazah.

Alhamdulillah akhirnya saya berjaya menamatkan pelajaran dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengkhususan Pengiklanan Media Komunikasi.

“Saya tidak menyangka berjaya menamatkan pengajian kerana saya terpaksa menangguhkan pelajaran apabila terbabit dalam dunia lakonan. Saya menyambung semula pengajian dan sangat sibuk dengan latihan industri, lakonan dan perniagaan.

“Agak sukar namun berkat doa ibu, teman-teman dan usaha sendiri, akhirnya saya berjaya juga.

“InsyaAllah 2020 saya akan menyambung pengajian peringkat sarjana. Selepas ini saya akan meneruskan perniagaan,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

@qaramihashim sudah, anda bila lagi?? @hairfeeks @wardrobe.privato Anda ingin meluangkan masa bersama Farhan? Senang sahaja anda cuma perlu menyatakan kenapa anda patut dipilih diruangan komen dibawah dengan hashtag #KauYangPertama sebelum jam 5 petang ini. 5 komen paling kreatif dan menarik akan berpeluang untuk mendapatkan invitasi ke majlis sidang media dan beramah mesra yang akan diadakan esok (Isnin 19 Ogos 2019) dan yang terpilih akan dihubungi melalui DM so cepat sebelum jam 5pm hari ini ya gais!

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Biarpun sudah bertapak kukuh dalam industri hiburan, namun jelasnya, ilmu tetap harus digali hingga hujung nyawa.

Setiap hari bagi pelakon berusia 25 tahun ini adalah proses pembelajaran dalam hidup.

Bagi saya ilmu sangat penting kerana untuk mendewasakan kita. Ijazah hanya sekadar secara rasmi saya telah menuntut ilmu.

“Setiap pelajaran yang diperoleh daripada sekeliling juga penting, setiap pembacaan dan pertanyaan ialah proses belajar.

“Jika kita tiada proses pembelajaran dalam hidup, seseorang individu itu akan m4ti sebelum usia,” tambahnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

“Never stop learning because life never stops teaching.” Terima kasih kepada keluarga, guru-guru, kawan dan semua yang mendoakan dan support saya. ??? Tahnih buat graduan yang lain!

A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply