“Bervntung Dapat Suami Pandai Make Up,” Alha Alfa Dandan Isteri Persis Puteri Gunung Ledang

Persandingan pengasas kosmetik terkenal, Datuk Alha Alfa sememangnya sentiasa menjadi perhatian netizen. Selepas majlis pernikahannya, Alha Alfa telah beberapa kali mengadakan majlis resepsi bagi meraikan para tetamu yang terdiri daripada teman-teman dan ahli keluarga terdekat.

Bagi persandingan yang diadakan pada hujung minggu lepas, Alha Alfa mengetengahkan tema seakan Puteri Gunung Ledang. Pelamin dan juga busana yang digayakan sangat mencuri perhatian seolah-olah raja dan permaisuri zaman dahulu kala.

Gambar-gambar tersebut diperoleh daripada Instagram rasmi pengasas produk Alha Alfa Cosmetic dan sememangnya cantik serta kelihatan begitu klasik.

Indah mengenakan pakaian berona kuning seakan warna diraja, Alha Alfa atau nama sebenarnya Datuk Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil dan isteri Datin Noor Azlin Ismail dilihat begitu secocok bersesuaian gelaran raja sehari kepada pasangan mempelai.

Semasa memasuki dewan persandingan, kedua-dua mempelai turut diarak menggunakan tandu seperti raja-raja zaman dahulu. Mereka turut diiringi dengan muzik gamelan yang dimainkan semasa ketibaan mereka.

Lebih istimewa lagi, Datuk Alha telah menyolek sendiri isterinya sehingga kelihatan benar-benar seperti seorang permaisuri raja.

Datuk Alha dan pasangan telah diijab kabulkan pada 28 September lepas selepas bertunang pada penghujung tahun lalu.

Alha yang juga merupakan jurumekap kepada artis-artis popular Tanah Air telah bertemu jodoh dengan seorang model yang pernah bekerjasama dengannya sebelum ini.

Sumber: Instagram @alhaalfa/klpress

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply