“Baik hati dan suka belanja makan sedap” – Riena Diana Tayang Kekasih Baru

Pelakon Riena Diana mendedahkan hatinya kini sudah dimiliki.

Menerusi entri di Instagram Stories miliknya, Riena mendedahkan jejaka yang dikenali dengan Nik Afiq adalah kekasihnya.

“Di mana untuk bermula? Hm okey saya tak pernah tunjuk kehidupan peribadi saya dekat sini terutama kehidupan saya dengan seorang lelaki.

“Tetapi lelaki ini dia berbeza, saya tidak boleh marah kepadanya selama berjam-jam atau beberapa hari kerana dia akan datang balik dan menghiburkan saya dan paling penting adalah dia akan memohon maaf.

“Sentiasa menjamu saya dengan makanan yang sedap hampir setiap hari dan saya tidak pernah menyangka yang akan jatuh cinta lagi dengan orang lain tetapi dia ‘power’ kerana saya tersuka kat dia.

“Haha, saya sangat merindui dia @nikafiq kbai. Belanja pavlova cepat!

“My new bestfriend, boyfriend, kawan gaduh, dive buddy @nikafiq.

“Kalau korang terjumpa dia kat luar tolong perati kan dia untuk I okey,” tulisnya.

Hasil pemerhatian Gempak, jejaka itu turut meninggalkan komen bentuk hati (love) dan bunga mawar (rose) di ruangan IG Riena.

Dalam industri hiburan pula, Riena mulai aktif pada sekitar tahun 2017 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply