Kini, namanya kembali menjadi sebutan ramai apabila Naqiu menjadi salah seorang peserta Gegar Vaganza 6 yang disiarkan secara langsung setiap Ahad, di Astro Ria.
View this post on Instagram
Biodata
NAMA PENUH: Wan Naqiuddin Mohd Najib
NAMA POPULAR: Naqiu
UMUR: 33 Tahun
INSTAGRAM: thisisnaqiu
Kerjaya
Di awal penglibatan dalam dunia muzik tanah air pada tahun 2001, nama kumpulan Boboy menjadi ‘kegilaan’ remaja pada ketika itu. Membawakan muzik bergenre pop pada awalnya, kumpulan ini hadir dengan beberapa lagu seperti Episod Cinta, Janji Seorang Kekasih, Demi Masa dan banyak lagi.
Untuk info, album sulung mereka berjudul Episod Cinta pernah mendapat kutipan jualan 30,000 unit. Malah ketika nama kumpulan ini menjadi satu fenomena, mereka pernah menerima tawaran sehingga empat ke lima persembahan satu hari.
Mungkin ramai yang tidak tahu di penghujung populariti kumpulan ini, Naqiu menyanyi di kelab malam untuk menyara kehidupan.
Namun dengan kerjaya sebagai penyanyi kelab malam telah mengajar dirinya untuk membawa pelbagai genre lagu seiring masa dan permintaan pelanggan.
Jadi tidak hairanlah persembahannya di pentas Gegar Vaganza Ahad lalu cukup memukau dengan suaranya yang berbeza dari dulu.
Persembahan di pentas Gegar Vaganza 6
Sumber : HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply