Pelakon Nadzmi Adhwa mengesahkan isterinya, Ardell Aryana dimasukkan ke hospital dan kini mengalami tek4nan darah yang tidak stabil. Menurut Nadzmi, Ardell mengalami tekan4n darah rendah sejak semalam.
Malah pelakon tersebut meminta semua mendoakan kesihatan isterinya.
“Doakan isteri saya, malam semalam sampai pagi ini bp low (tekan4n darah rendah) 88/50,” tulisnya di InstaStory
Nadzmi berkongsi kapsyen tersebut di InstaStory beserta foto yang menunjukkannya berada di hospital. Sementara itu, menerusi kemas kini terbaharunya Nadzmi memuat naik fotonya bersama Ardell yang terbaring di hospital.
“You are the strongest woman i know. Get well soon wife. Stay healthy and pretty as always. All is well! Iloveyou,” tulisnya dalam kapsyen.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan agar Ardell segera sembuh. Pasangan ini baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 1 September lalu.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Gempak
Leave a Reply