Selamba Panggil Permaisuri Agong ‘Che Minah’, Ini Reaksi Tuanku

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya dikenali sebagai kerabat diraja yang mempunyai keperibadian yang merendah diri dan mendekati rakyat. Oleh itu, tidak hairanlah Raja Permaisuri Agong sering mendapat perhatian setiap kali ‘tweet’nya muncul di ruangan Twitter.

Menerusi ciapan terbaru Twitter @cheminahsayang itu, Tuanku Permaisuri ada menceritakan mengenai kejadian pagi tadi apabila ada seorang individu  yang hanya memanggilnya dengan panggilan Che Minah.

Menceritakan perkara itu, Raja Permaisuri Agong turut berpendapat bahawa panggilan daripada “adek” tersebut sungguh comel.

Ada adek jual makanan, lambai-lambai dan panggil saya “CHE MINAH”.. i tot that was cute n cool!

Sememangnya, ‘tweet’ tersebut telah mendapat pelbagai reaksi positif daripada warga Twitter yang turut terhibur dengan panggilan Che Minah yang digunakan oleh ‘adek’ tersebut.

“so cute la budak tu. Followers twitter jugak agaknya Tuanku”

“Tak menyalahi undang-undang ke tuan Permaisuri ku”

“Dia tertinggal ‘Sayang’ tu Tuanku”

Sumber: Twitter @cheminahsayang via Siakapkeli

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply