Sejak semalam, Cik B iaitu anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida atau mesra dikenali sebagai DSV menjadi perhatian ramai apabila dia dijemput sebagai tetamu di Geng Pagi Hot.
Cik B baru-baru ini pernah tular di media sosial kerana penampilannya yang membuatkan ramai terpukau bagaimanapun, melihat pula caranya bercakap di radio Hot FM membuatkan ramai memberikan pujian.
Menerusi Instagram, beberapa rakaman video Cik B ditemu bual penyampai-penyampai radio mencuri tumpuan netizen.
Gelagat Cik B ketika ditanyakan mengenai DSV turut membuatkan netizen terhibur apabila Cik B membuat gaya percakapan DSV.
Bagaimanapun, pelbagai maklum balas positif ditinggalkan netizen buat Cik B menerusi beberapa posting mengenainya.
Dalam pada itu, ada juga merasa bangga melihat Cik B kerana meskipun berusia 14 tahun keyakinannya itu membuatkan netizen suka.
Nampak matang…
Cara cik B cakap sangat humble
Bangga la dengan dia ni…
Sumber: Hot FM via HCL
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Leave a Reply