Akhirnya Sarah Hildebrand Selamat Diijab Kabul Bersama Jejaka Kacukan Filipina-Amerika

PELAKON dan pengacara terkenal, Sarah Hildebrand, 29, sah bergelar isteri kepada pelukis kacukan Filipina-Amerika Otto Gillen, 26, dengan sekali lafaz di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, Kuala Lumpur, jam 10.25 pagi hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

If God knows we’re meant to be together, He’ll find a way to bring us closer. Alhamdulillah. #SOtiestheknot

A post shared by Sarah Hildebrand (@sarahhildebrand) on

Pasangan itu selamat dinikahkan Pendaftar Bahagian Perkahwinan, Percer4ian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Selangor, Hilmi Saadan dengan disaksikan bapa saudara pihak perempuan, Mohd Nasir dan Haizairi Hashim.

Pada majlis berkenaan, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin.

Menurut pelakon yang dikenali dalam drama Pujaan Hati Kanda itu, dia bersyukur kerana majlis pernikahannya dengan Otto berjalan lancar.

“Alhamdulillah, majlis ini berjalan dengan lancar seperti direncanakan.

“Saya percaya Otto lelaki yang terbaik untuk dijadikan suami dan mampu membahagiakan saya hingga ke akhir hayat.

“Kami juga saling memahami kerana sama-sama berdar4h kacukan,” katanya.

Majlis pernikahan itu dihadiri kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, kenalan rapat.

Bagi majlis penuh bersejarah buatnya itu, Sarah menggayakan persalinan hasil rekaan ibunya, Che Arbi Hashim. Manakala, majlis resepsi mereka belum diputuskan lagi.

Terdahulu, Sarah pernah menjalin hubungan dengan pengacara, Nabil Mahir tetapi hubungan itu berakhir awal tahun ini selepas lima tahun bercinta.

 

Sumber : Metro

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply