“Pengalaman Kegvgvran Lalu Menyebabkan Saya Tak Mahu Bercakap Lebih Mengenai Kehamilan,” – Fasha Sandha Akui F0bia

Aktres jelita, Fasha Sandha tidak mahu menafi atau mengiyakan mengenai desas-desus yang mendakwa dirinya kini kembali hamil selepas mengalami kegvgvran lebih empat bulan lalu.

Malah bintang berusia 35 tahun itu turut meminta ramai supaya mendoakan yang baik-baik buat dirinya agar dikurniakan rezeki zuriat menerusi hasil perkongsian hidup bersama pelakon, Aidil Aziz.

“Doakanlah yang baik-baik. Pengalaman kegvgvran lalu menyebabkan saya tidak mahu bercakap lebih mengenai kehamilan.

“Saya percaya, mereka yang pernah ada pengalaman sedemikian akan rasa fobia untuk berkongsi mengenai perkara itu. Apa pun doakan yang baik-baik.

“Saya tidak mahu komen apa-apa pun mengenai kandungan sebab pernah alami kegvgvran yang teruk dan sangat mendukacitakan buat kami sekeluarga.

“Jadi sebab itulah saya tidak bercakap langsung. Kalau ada yang tanya pun, saya tidak nafi atau mengiyakan. Saya hanya minta agar mereka mendoakan yang baik-baik,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai sejauh mana tahap fobia yang dialami hingga membuatkan Pelakon Wanita Terbaik (Drama) ASK2017 itu ragu-ragu untuk berkongsi mengenai dakwaan sedang hamil, ini jelas Fasha;

“Sebelum ini saya alami kegvgvran ketika usia kandungan kira-kira lapan minggu. Ketika itu harapan sepenuhnya sudah diberikan kepada anak-anak dan mereka sangat teruja dengan berita tersebut.

“Jadi bila saya alami kegvgvran sebelum ini…bukanlah tidak teruja tetapi saya ambil pendirian untuk tidak terlalu bercakap mengenai hal tersebut. Tidak mahu mengiya dan tidak mahu menidakkan. Cuma sudah tentu kita mengharapkan yang baik-baik.

“InsyaAllah akan buat pengumuman… Mungkin kali ini kalau saya nak bersalin baru saya umumkan kot. Fobia sampai macam tu sekali memandangkan ketika saya gugur dulu ada yang cakap mungkin kerana terlalu awal saya umumkan. Rasanya tidaklah begitu…

“Ada kawan saya yang usia kandungannya cecah tujuh bulan pun masih boleh gugur. Tiada rezeki Allah nak bagi. Apa pun, peristiwa itu sangat memberi kesan terutamanya pada anak-anak. Suami masih lagi okay sebab dia seorang yang positif, optimistik dan percaya pada rezeki.

“Saya lagi s3dih dari suami sebenarnya sebab harapan itu sudah diberikan kepada anak-anak. Mereka yang minta saya berkahwin kerana mahukan adik. Jadi bila sudah kahwin dan mengandung tiba-tiba kegvgvran.

“Saya tak mampu buatkan mereka gembira dan sebab itulah saya jadi macam fobia,” akui Fasha yang turut merakamkan raya syukur kerana dikurniakan rezeki serta tawaran kerja yang tidak putus-putus.

Terdahulu, bintang ini ditemui media pada majlis Pelancaran Ubat Gigi Aura White Bersama Guardian di IOI City Mall, Putrajaya pada Sabtu.

Turut diadakan ialah sesi ramah mesra bersama wajah wakilan Ubat Gigi Aura White lainnya iaitu Izzue Islam dan PU Azman.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

– itu kata @fashasandha mengenai desas-desus dirinya kini sedang berbadan dua. Apa pun, kami mendoakan yang terbaik buatnya seisi keluarga. #MHnews #MediaHiburan ♥️

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on

Fasha mendirikan rumah tangga bersama Adil Aziz pada 30 Mac lalu dan menerusi perkahwinan sebelum ini bersama Rizal Ashram Ramli, bintang cantik itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Syukur Alhamdulillah ?

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Foto: Instagram Fasha Sandha

Sumber  : MH

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply