Gara2 Nak Hapvs Lipas, Lelaki Ini Tak Sengaja Rosakkan Laman Belakang Rumah

Lipas adalah antara serangga paling dibenci dan digeruni manusia, malah lelaki paling sado dan kuat pun belum tentu berani untuk mendekati haiwan perosak itu.

Seorang lelaki dari Brazil, Cesar Schmitz, secara tidak sengaja telah meletupkan halaman belakang rumahnya ketika cuba membunvh beberapa ekor lipas.

Inslden itu berlaku selepas isterinya mengadu bahawa ada lipas di taman mereka dan meminta suaminya memusn4hkan sarang serangga itu.

Jadi untuk memvsnahkan sarang lipas yang dipercayai berada dalam lubang yang terdapat di atas rumput, lelaki itu menuangkan petrol ke dalam lubang itu, kemudian dia mula mencampakkan beberapa mancis ke dalam lubang tadi.

Video CCTV yang tular menunjukkan tanah lamannya itu meletup sehingga sebuah meja tercampak ke udara, sementara 2 ekor anjingnya pula melarikan diri.

Lebih malang, letupan itu tidak memberi kesan kepada lipas yang bersarang di lamannya itu di mana beberapa ekor lipas dapat dilihat masih hidup dalam video itu.

Rakaman yang kini telah mencatat lebih 2 juta tontonan mendapat pelbagai reaksi lucu dari netizen, ada yang tertanya-tanya bagaimana reaksi isterinya apabila mendapat tahu tentang perkara itu.

Sumber: NDTV via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply