Lelaki Tanpa Sengaja Terbeli 1000 Ekor Ayam Ternakan Melalui Lelongan Online Dengan Harga $1

Benarlah kata pepatah Melayu  ‘tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu’, kerana itulah yang berlaku kepada seorang lelaki dari New Zealand ini yang tidak menyangka tuahnya ada pada ayam.

Akibat salah faham, Steve Morrow secara tidak sengaja telah membeli 1000 ekor ayam ternakan pada harga $1.50NZD (sekitar RM3) melalui satu lelongan online.

Dalam iklan yang ditulis, sebuah ladang ternakan dari Auckland perlu ditutup dan mereka ingin melepaskan ternakan mereka dengan segera.

Ingin membantu ayam-ayam ternakan itu, Steve menyangka dia hanya membeli seekor ayam dan  mempercayai bahawa pembida tertinggi akan dapat memilih berapa ekor ayam yang mereka mahukan.

Namun apabila dia diumumkan memenangi bidaan itu, dia terkejut apabila pemilik ladang tersebut bertanya kepadanya apa yang dia ingin buat dengan 1000 ekor ayam ternakan itu.

Selepas memikirkan tentang perkara itu ternyata 1000 ekor ayam adalah terlalu banyak buatnya, jadi dia meminta bantuan netizen dari Facebook untuk mencari sesiapa yang berminat mengambil beberapa ekor ayam daripadanya.

Tidak sampai beberapa jam, dia dibanjiri dengan mesej dari orang ramai yang ingin medapatkan ayam-ayam itu daripadanya, dan akhirnya 700 ekor ayam berjaya diagihkan.

Berikutan inslden itu juga, Steve kini dikenali sebagai ‘the chicken man’.

Sumber: 9gag via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply