“Suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang” – Zarina Zainuddin ‘Pejam Mata’ Apa Orang Nak Cakap!

Umum tahu bahawa pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap aut1sme.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

lepas bagi makan dia lari naik bilik tukar baju ajak pegi beli surat khabar lagi … saya lama tak post video azil tentrum suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang .. saya cakap ramai orang tak tahu lagi autism’s sebab spectrum autism ni besar ..setiap anak lain takkan sama anak awak dengan anak saya jadi kalau orang cakap awak buat macam nilah anak saya saya buat macam ni ..itu anak awak dalam rumah awak dalam jagaan awak persekitaran pun berbeza ..tidak akan ada persamaan ..azal pun lain saya boleh ajar mengaji boleh ajar dia buat kerja ..cuba azil saya suruh tutup pintu pun dia hempas diri .. ajar tetap kena ajar tapi kadang kita tak sampai hati sebab hati ibu boleh cair tengok mata anak .. huhhh sedang kan kucing lagi tahu sayang anak dia nikan pula manusia ?????? #azalazil #autism #autismawareness

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_) on

Kembar lelaki yang berusia 21 tahun itu dikenali sebagai Azal dan Azil – mereka mempunyai tahap aut1sme yang berbeza.

Zarina sebelum ini sering memuatnaik video dan gambar anak-anaknya dengan niat untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai aut1sme.

Bagaimanapun, niatnya disalah tafsir oleh sesetengah individu yang kurang senang dengan tindakan Zarina yang dilihat seolah-olah membezakan Azal dan Azil.

Berkongsi luahan hatinya menerusi Instagram, Zarina berkata dia tidak pernah memilih kasih dalam mendidik anak-anaknya, namun situasi Azil yang berbeza berbanding Azal menyebabkan dia memilih cara lain dalam mendidik dan menjaga anaknya.

“Saya lama tak post video Azil tantrum suami saya cakap jangan post macam nak minta simpati orang. Saya cakap ramai orang tak tahu lagi aut1sme sebab spectrum aut1sme ni besar.

“Setiap anak lain takkan sama. Anak awak dengan anak saya.. jadi kalau orang cakap awak buat macam inilah, anak saya saya buat macam ni..itu anak awak dalam rumah awak dalam jagaan awak persekitaran pun berbeza, tidak akan ada persamaan.

“Azal pun lain.. saya boleh ajar mengaji boleh ajar dia buat kerja, berbeza dengan Azil, saya suruh tutup pintu pun dia hempas diri.

“Ajar tetap kena ajar tapi kadang kita tak sampai hati sebab hati ibu boleh cair tengok mata anak.. sedangkan kucing lagi tahu sayang anak dia inikan pula manusia”, katanya.

Untuk rekod, Azal mempunyai menghidap mild aut1sme manakala Azil menghidap hyper aut1sme.

Azal yang menghidap mild aut1sme mempunyai kebolehan bercakap, menulis, membaca dan menguruskan diri manakala Azil tidak boleh bercakap dan masih lagi meneruskan rawatan termasuk mengambil ubat untuk membantunya tidur.

Hmm korang patutnya support Kak Zarina.. bukan semua orang boleh kuat dan tabah macam Kak Zarina. Apa-apa pun suka tengok Kak Zarina usik Azal dan Azil, sweet sangat! Betullah orang cakap, kasih ibu membawa ke syurga.

Sumber : Lobak Merah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply