Cara Netizen “Ajar” Rhys Perkataan BM Yang Lagi Pendek Dari BI Ni Serius Berdekah Giler!!

Cuba tanya diri sendiri, apa perkataan Bahasa Malaysia yang lebih pendek berbanding Bahasa Inggeris, yang memberi maksud yang sama?

Kalau anda perasan, perkataan Bahasa Inggeris (BI) memang selalunya lebih pendek daripada Bahasa Malaysia (BM).

Kami sebagai penulis ni pun kadang-kadang susah betul nak translate tajuk artikel BI. Bila dah berjaya translate, bunyinya pula tak best, dan selalunya tajuk mesti jadi panjang.

Serius mencabar.

Tapi itu bukan bermaksud tiada langsung perkataan BM yang lebih pendek jika dibandingkan dengan BI

Antara perkataan BM yang lebih pendek ialah:

BM: Esok
BI: Tomorrow

BM: Lusa
BI: Day after tomorrow

BM: Cucu
BI: Grandchildren

BM: Cicit
BI: Great grandchildren

BM: Atuk
BI: Grandfather

BM: Nenek
BI: Grandmother

Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukuplah kami senaraikan enam.

Okay, tanya balik diri sendiri, perkataan BM apa lagi yang lebih pendek daripada BI?

Seorang ‘Mat Salleh’, Rhys William yang berasal dari United Kingdom dan kini menetap di Malaysia bertanyakan soalan ini di laman Twitter.

Rhys menerusi satu tweet meminta tolong 21 ribu pengikutnya untuk memberi lebih banyak contoh perkataan BM yang lebih pendek berbanding BI dengan niat untuk mempelajari bahasa ibunda kita dengan lebih mendalam.

Ternyata, tweet beliau itu mendapat sambutan hangat dari warganet apabila mendapat hampir 5 ribu retweets dan 5.4k likes.

Warganet pun masing-masing “menolong” Rhys dengan memberikan macam-macam contoh dalam bentuk bebenang.

Tapi…

… respon-respon yang diberi warganet kebanyakannya sangat menggelikan hati dan langsung tidak membantu Rhys untuk mempelajari BM yang sebenar.

Kami yang baca ni pun asyik tergelak-gelak je. Boleh layan semuanya di bawah:

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: says

Be the first to comment

Leave a Reply