“Sama Cantik Sama Padan, Moga Kekal Bahagia” – Juliana Evans Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Kedua

Aktres jelita, Che Puan Juliana Evans menyambut ulang tahun perkahwinan yang kedua bersama suami, Tengku Shariffudin Shah Tengku Shah Al-Hajj semalam.

Perkara itu dikongsi Juliana menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan para pengikut.

Di entri tersebut, Juliana berkongsi beberapa foto yang diambil ketika majlis resepsi perkahwinannya.

“Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua sayang,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Juliana turut menulis ucapan dan mendoakan kebahagiaan hubungan pasangan ini.

“Sama cantik sama padan, moga kekal bahagia.

“Happy anniversary Kak Juliana, semoga bahagia dunia akhirat.

“Selamat ulang tahun perkahwinan buat Juliana dan suami, semoga diberkati hingga ke Jannah,” tulis wargamaya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Happy 2 year wedding anniversary love ?

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Terdahulu, Juliana dan Shariffudin selamat bernikah pada 30 April 2017.

Manakala majlis resepsi mereka pula diadakan pada 17 November 2017 bertemakan perkahwinan di tepi pantai.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Tengku Kamiliah yang kini berusia empat bulan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Cukur Jambul & Aqiqah for my first born ??? ? @ambedofilm ? @fahrenheit69 ? @aadarwina ??‍♀️ @moniqa.oniqa

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

With my Bambam ? ?#babyMily #7weeks

A post shared by Juliana Sophie Evans (@julianaevans) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply