Ramai Puji Akhirnya Ben Amir Bertemu Pelukis Berbakat Istimewa, Fariza

Sebelum ini tular di media mengenai seorang wanita yang bertubuh kerdil menghasilkan potret Ben Amir yang nampak cukup sempurna sekali. Meskipun pergerakannnya terbatas disebabkan penyakit dihidapinya sejak lahir, namun bakat melukis Fariza cukup mengagumkan.

Terbaru, wanita berusia 34 tahun itu berjaya bertemu pelakon pujaannya, Ben Amir. Pertemuan itu dikongsikan oleh Ben Amir sendiri melalui laman Instagramnya sebentar tadi.

Menerusi ruangan kapsyen, Ben Amir cukup menghargai bakat lukisan potretnya yang dihasilkan Fariza. Malah dia turut berkongsikan ia adalah potret pertama yang dilukis Fariza setElah 2 minggu dia melukis.

Selain itu Ben Amir juga berharap agar usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada orang lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

It was great meeting you and your family ! Percaya tak ni 1st portrait yang Fariza lukis? 2 minggu dia lukis harap tak bosan tengok muka Ben ? We can do amazing things when we put our mind to it. Harap usaha Fariza dapat beri inspirasi kepada kita semua. Definitely will hang on my wall ?

A post shared by BenAmirr (@benamirr) on

Perkongsian Ben Amir ini meraih lebih 40,000 likes sejak dimuat naik seminggu lalu.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Super impressed..she is so talented”

“Mashallah! Allah blessed her with such talent!”

“Wah terbaiklah”

Sumber: Ben Amir via HCL

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Be the first to comment

Leave a Reply