“Selalu doa dijauhkan dari lelaki yang bukan jodoh” – Siti Nordiana

Sedar tak sedar sudah hampir sembilan tahun Siti Nordiana bergelar sebagai ibu tunggal. Hangat diperkatakan gosip cinta dengan Khai Bahar, namun Nana berkata dia belum lagi memikirkan soal untuk berumah tangga lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kawin ngan sape pulak ni ? #satukanrasa #sitinordiana ❤️ . . ? @cosryofficial ? @palyshamzah

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

Menurut Nana, banyak perkara lagi yang perlu diberikan keutamaan lebih-lebih lagi tanggungjawab dalam membesarkan anak lelakinya, Mohammad Rayyan Nakhaie, kini berusia 11 tahun dan bakal meniti alam remaja.

“Saya mesti kuat menggalas status ibu tunggal. Belum masanya untuk saya memikirkan soal kahwin secara serius. Ini kerana ia memerlukan kita bersedia dalam aspek fizikal dan mental.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jika hari ini aku merasa kecewa , sedarkan lah aku bahawa RencanaMu lebih indah dari mimpi mimpiku ❤️

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana) on

“Saya sering berdoa kepada Allah untuk menjauhkan diri ini daripada lelaki yang bukan jodoh saya. Insya-Allah, apabila sampai masanya, tibalah jodoh saya. Sekarang, fokus saya adalah anak dan kerjaya seni,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, Nana mengakui ada lelaki yang menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya tetapi baginya kerjaya dan anak adalah lebih penting. Ujarnya lagi, sebagai wanita matang, dia tidak boleh ambil mudah soal cinta kerana banyak hati perlu dijaga.

“Memang ada pihak menyatakan hasrat untuk berkenalan. Namun, tumpuan saya kembali kepada kerjaya dan membesarkan anak,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply