“Macam Lisa Blackpink”- Netizen kata Janna Nick mirip penyanyi Korea

Selebriti yang bernama Janna Nick sudah tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Pelakon yang baru berusia 24 tahun ini berjaya memikat ramai warga Malaysia dengan bakat yang dimiliki termasuklah bidang lakonan, nyanyian serta pengacaraan.

Malah beliau turut dinobatkan sebagai Artis Versatil Popular dalam ABPBH2019 dan Anugerah Artis Pilihan DFKL2019.

Setelah berjaya membawa watak sebagai Permaisuri Isabella dalam teater fiksyen bangsawan Pawana Isabella pada 21 Ogos lepas, kali ini beliau sekali lagi menjadi watak utama buat teater kanak-kanak ‘Siti di Alam Fantasi’ bermula malam semalam di Istana Budaya.

Semalam, beliau berkongsi gambar beliau dalam kostum ‘Siti’ sebelum bermula pementasan teater kanak-kanak tersebut yang menarik perhatian ramai.

Solekan yang disolek khas oleh Sharhim Khan dan busana yang dikenakan telah berjaya membuat wajah Janna Nick kelihatan seperti patung Barbie Doll.

Rata-rata netizen sangat memuji kecantikan Janna Nick dan ada yang terkeliru beliau dengan seorang penyanyi korea bernama Lisa dalam kumpulan Blackpink.

Pementasan teater kanak-kanak ‘Siti di Alam Fantasi’ ini sudah 3 kali dipentaskan di Istana Budaya iaitu pada tahun 1998, 2000, dan 2010. Teater ini akan berterusan dipentaskan sehingga 26 November 2019.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : ig Jannanick, ig sitidialamfantasi

Be the first to comment

Leave a Reply