“Tak Sangka Tuanku Boleh Bawa Lori & Superbike” – Muat Naik Foto Lesen, Raja Permaisuri Agong Buat Netizen Kagum

Menerusi laman sosial Twitter, Tuanku berkongsi satu kicauan bersama foto lesen memandunya yang tertera kelas B, D dan E.

“Alamak…. Lesen mat1!” tulis Tuanku ringkas menerusi satu kicauan.

Kelas B merupakan lesen bagi motosikal melebihi 500 cc (B Full) manakala kelas E adalah lesen bagi motokar berat melebihi 7500 kg (Lori).

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata netizen teruja apabila mengetahui Raja Permaisuri Agong mempunyai lesen lori dan motosikal berkuasa tinggi.

Malah, Tuanku sempat berjenaka apabila menjawab salah satu kicauan daripada wargamaya yang memberitahu Tuanku lupa untuk memohon lesen bagi mesin rumput.

Perkongsian daripada wargamaya itu sehingga kini telah menerima hampir 10,000 ulang kicau dan 12,000 tanda suka daripada warga Twitter.

Sumber: Gempak

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

 

Be the first to comment

Leave a Reply