Bakal ‘bersatu’ kembali dengan kekasih lama, Datuk Awie menjelaskan kehadiran Erra Fazira di konsert Awie Romantika yang bakal berlangsung di Stadium Merdeka 15 Februari 2020 nanti menjadi elemen penting dalam penceritaan persembahannya nanti.
Jelasnya, nama mereka cukup kuat di ingatan raman dan begitu sinonim meskipun kisah cinta mereka telah berlalu lebih 25 tahun lalu.
View this post on Instagram
“Kita tak boleh menghalang orang mengimbau atau membuat spekulasi mengenai konsert itu. Terpulang.
“Apa yang saya nak sampaikan, niat di hati ingin mengembalikan nostalgia percintaan kami,” jelasnya kepada MH.
Akur dengan soal apa pula kata hati si isteri, Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, yang dikahwini tiga tahun lalu pula nanti, Awie akui dia mengenali isi hati wanita dan faham akan kegusaran yang melanda.
Lalu atas sebab itulah, dia meminta keizinan dan menjelaskan sebaik mungkin agar tidak timbul masalah di masa akan datang.
View this post on InstagramMinggu pertama Musical Lawak Superstar… alhamdulillah … tahniah pada kesemua peserta ! Good try !
“Saya terikat dan ia agak sukar untuk teruskan konsert ini. Namun saya harus juga menjaga sensitiviti isteri dan anak-anak.
“Jujurnya, saya perlu selesaikan dahulu persoalan isteri supaya tiada masalah di kemudian hari dan dia memberi keizinan.
“Bukan mudah menenangkan wanita. Tapi syukur isteri memahami kerana dia mahu saya berjaya,” katanya lagi.
Bintang yang sinonim menerusi lagu Tragedi Oktober itu ditemui pada sidang media Konsert Awie Romantika, di Seri Kembangan, pada Rabu.
Ulas pemilik nama sebenar, Ahmad Azhar Othman, 51, ini lagi, dia juga mahu menjawab persoalan yang masih menjadi persoalan netizen sehingga kini.
“Kami ambil jalan kebaikan untuk menyelesaikan kemelut antara kami dan orang ramai. Ada yang menuding jari menyalah saya dan ada yang menyalahkan Erra.
“Saya tidak mahu fitnah mengenai bagaimana hubungan kami putus dahulu terus berulang sehingga hari ini.
“Jadi lebih baik kami selesaikan perkara ini pada tahun 2020,” ulasnya optimis.
Sementara itu, Awie juga tidak menafikan dirinya masih menerima pertanyaan berkaitan cinta sama Erra Fazira dan mengapa hubungan mereka terputus di tengah jalan hingga kini.
“Sampai ke hari ini orang asyik bertanya mengapa tidak berkahwin dengan Erra meski sekarang saya sudah mempunyai lima anak.
“Mula-mula orang fikirkan kami berdua menjalinkan hubungan kembali. Sesetengah daripada mereka ada sarankan saya untuk kembali kepadanya.
“Namun saya terangkan kepada isteri, daripada sudut kerja tidak perlu risau. Ini kerjaya saya, iaitu penyanyi dan pelakon. Jangan pertikai dan bawa hal kerja balik ke rumah,” katanya lagi.
Tiket Konsert Awie Romantika yang akan dilangsungkan pada 15 Februari 2020 di Stadium Malawati, Shah Alam boleh didapati menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian (03-86050195).
Tiket berharga RM78 (green zone), RM128 (purple zone), RM188 (yellow zone), RM238 (red zone), RM308 (grey zone) dan RM438 (vip zone).
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: MH
Leave a Reply