“Can you tell my wife first?’.. Nabil Berjaya Buat Sacred Riana Bercakap, Lofa Gelak Habis di Set Meletop

Kemunculan ‘The Sacred Riana’ di set meletop pada minggu ini berjaya menarik perhatian penonton dengan gelagat pengacara Meletop itu sendiri iaitu Nabil dan Nelofa serta penonton-penonton di set meletop.

The Sacred Riana merupakan salah seorang peserta Asia’s Got Talent 2017 dan sekali gus menjuarai rancangan tersebut.

Riana bersama dengan dua pelakon Indonesia lain iaitu Aura Kasih serta pelakon kanak-kanak, Brooklyn Alif dijemput ke rancangan Meletop untuk mempromosikan filem mereka yang bertajuk ” The Sacred Riana Biginning” yang bakal menemui penonton di pawagam pada 12 Disember ini.

Perkara yang membuatkan penonton tertarik adalah apabila Nabil cuba menarik perhatian Riana untuk bercakap dan dia berjaya.

Namun, selepas Riana bercakap Nabil dan Lofa pula tidak berani untuk bertentang mata dengan Riana malah Nabil turur mengatakan bahawa perkara tersebut lebih menyeramkan daripada pengumuman rakan sekerjanya iaitu Neelofa yang ingin mengundurkan diri dari ranvangan Meletop.

Satu lagi perkara yang turut menjadi perhatian netizen apabila Nabil turut berjaya membuatkan Neelofa ketawa habis sepanjang sesi bersama pelakon-pelakon ‘The Sacred Riana Biginning’.

 

Kini video tersebut telah mencapai 1.1 M tontonan di youtube walaupun dimuatnaik baru 2 hari yang lepas. 

VIDEO :

Komen Netizen :

Nabil perform habis gais untuk gembirakan lofa.. gelak habis gais

Ini punchline paling gempak yang nabil buat.. sepanjang vdeo tergelak aku

You are so lucky nabil. She never answer anyone…

wow nabil hebat btul die boleh handle riana yg sgt diam n misteri tu.. gooddd job nabil!!!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber : Meletop

Be the first to comment

Leave a Reply