“Kareena Kapoor dan Rani Mukerjee” – Netizen puji kecantikan anak dara Fiza Halim Bak Artis Bollywood

Baru-baru ini bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim telah memuat naik gmabar percutian bersama suami dan anak-anak ke Adelaide, Australia.

Fiza Halim berkahwin buat kali ketiga bersama seorang juruterbang berstatus duda dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aleena yang kini berusia setahun lebih. Hal ini membuatkan kehidupan Fiza lengkap dengan kehadiran suami tercinta serta tiga orang cahaya mata termasuklah dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya, Feera Aryanna dan Feera Adyrra.

Gambar percutian yang dikongsikan oleh Fiza menerusi akaun instagramnya mencuri perhatian netizen apabila rata-rata mengagumi akan kecantikan ketiga-tiga anak gadisnya itu.

Ada yang kata persis anak mat saleh, ada yang kata nampak macam anak arab, ada juga yang kata ala-ala kacukan american – asia dan turkish lagi tau

Kecantikan ketiga-tiga anak perempuan Fiza Halim ini sudah tentu diwarisi oleh kecantikan dirinya sendiri. Ibunya pun ayu, anak-anak pun mestilah sama-sama ayu. Tak gitu?

Rata-rata netizen mengagumi kecantikan anak-anak dara Fiza yang sememangnya mewarisi kecantikannya.

Lepas ni ramailah yang DM Fiza Halim, silap-silap ada yang offer diri nak jadi menantu. Kami di sini mengucapkan selamat bercuti kepada Fiza Halim sekeluarga dan semoga selamat perjalanan pulang ke Malaysia ya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Ig Fiza Halim Official/ Informasiviral

Be the first to comment

Leave a Reply