6 Bulan Tak Minum Air Manis, Gadis Dedah Berat Turun & Kulit Flawless

Setiap wanita impikan bentuk badan yang ideal dan memiliki kulit wajah yang bersih dan bebas cela. Seperti kita tahu apa yang kita makan itulah yang akan mencerminkan diri kita.

Sebab itu adalah sangat penting untuk mengamalkan cara pemakanan yang sihat untuk mendapatkan bentuk badan idaman serta wajah yang cantik.

Baru-baru ini tular video glow-up’ yang dimuat naik seorang gadis di laman Twitter memaparkan transformasi dirinya dalam tempoh enam tahun. Ramai yang tertanya-tanya apakah rahsianya memiliki kulit wajah cantik.

Tidak lokek berkongsikan tips, gadis dikenali sebagai Najwa itu berkata banyak yang sudah berubah dimana dulu kulitnya berjerawat, berminyak dan hitam.

“Nampak ketara dulu dan sekarang sebab muka saya dah OK. Dulu banyak jerawat, berminyak, dan hitam.

“Berat badan saya juga turun dalam 10kg dalam tempoh itu. Sekarang maintain berat sekitar 65kg. Ada juga yang tegur, pipi dan hidung pun nampak kecil sekarang,” katanya kepada MStar.

Menurut Najwa, kulitnya yang bermasalah mula menunjukkan perubahan positif selepas dia berhenti mengambil menuman manis sejak enam bulan lalu.

“Jerawat saya dah kurang selepas berhenti minum air manis. Saya kurangkan dulu. Tapi dalam pertengahan tahun ini, saya berhenti terus minum air manis.

“Saya juga perasan senang nak turun berat badan bila tak ambil air manis,” ujarnya lagi.

Berkongsikan pengalaman lalu, Najwa mengakui wajahnya yang bermasalah menyebabkan dia malu untuk berhadapan dengan orang ramai. Sehinggakan jika mengambil gambar dia akan menutup muka.

Najwa mengakui dari zaman sekolah sehingga sekarang dia sudah mencuba lebih 30 produk. Bagaimanapun, Najwa berkata tidak kisah produk murah atau mahal pastikan ianya sesuai dengan kulit kita dan paling penting adalah pemakaian sunscreen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: vitdaily via rotikaya

Be the first to comment

Leave a Reply