“Aku nampak kau post fasal Rose siap kau!” – Naim Daniel divgut gara-gara ‘edit’ gambar bersama

GARA-GARA membuat suntingan gambar bersama salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose, penyanyi Naim Daniel  diserang peminat artis Kpop berkenaan.

Lebih teruk apabila individu berkenaan turut menghantar mesej peribadi melalui akaun Instagram penyanyi lagu Sumpah itu yang berbaur ugutan.

Hello, maaf kerana mengganggu. Aku ada benda nak bincang dengan kau. Dengar ni, stop post gambar kau dengan Rose.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

쇼 투어 후 함께 놀고. 귀여운 여자 친구를 사랑 , ?

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Antara kandungan mesej peribadi yang dihantar kepada Naim menerusi laman Instagram miliknya.

“Kau dengar? Kau ingat kau artis, kau bolehlah buat macam tu?

“Kalau aku nampak lagi kau post fasal Rose Blackpink siap kau,” tulis individu terbabit.

Naim berkongsi paparan skrin mesej yang dihantar individu berkenaan menerusi sebuah entri yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Naim bagaimanapun berkata, dia tidak terkesan dengan ugutan yang diterima itu.

 

Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan s4kiti saya seperti itu.

NAIM DANIEL

Penyanyi

“Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan s4kiti saya seperti itu,” tulis Naim.

Naim sebelum ini membuat beberapa posting mengaitkan penyanyi kumpulan Blackpink itu sebagai mempromosikan lagu nyanyian semula atau cover lagu berjudul Eyes Closed bersama Rose yang dimuat naik ke laman Youtube miliknya.

Setakat ini lagu itu menerima jumlah tontonan sebanyak 15,000 tontonan dengan lebih 2,000 tanda suka sejak ia dimuat naik ke laman Youtube pada Jumaat.

Menerusi komen yang ditinggalkan netizen juga meluahkan rasa gembira dengan cover lagu itu berkenaan.

Beberapa koleksi suntingan gambar Naim bersama Rose yang dimuat naik di Instagram.

Tidak kurang juga ada yang mahu penyanyi itu menyanyikan lagu berkenaan di atas pentas bersama Rose Blackpink.

“Sesiapa boleh jadikan ia realiti? Naim feat Rose atas satu pentas!

“Aku tak nampak salah Naim sebagai fan boy tapi apa benda yang kecoh sangat sampai Blinks nak ser4ng Naim ni?

“Kami nak lihat kolaborasi Naim dan Rose sekarang juga,” tulis netizen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

did a very special project with the one and only @roses_are_rosie out now on my youtube channel, link on my bio x

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply