
Pelakon Khir Rahman meminta orang ramai agar tidak terus membuat spekulasi dan menghukvm kedua-dua juara Gegar Vaganza 2019 atas keputusan malam tadi.
Jelas Khir, baik Naqiu mahupun Hady Mirza kedua-duanya tidak seharusnya menjadi tempat untuk peminat meluahkan ketidakpuasan hati.
“GV adalah program yang bersifat ‘sekadar hiburan’, janganlah ambil serius sangat. Sebarang keputusan adalah untuk dijadikan ‘talking point’ demi bisnes, jadi relaks saja.
“Yang penting jangan sesekali mar4h Hady Mirza, bukan dia yang membuat keputusan untuk melepaskan dua juara.
“Kejujuran dan kuasa keputusan adalah tanggungjawab juri. Hanya mereka yang boleh mengiyakan mahupun menidakkan pemarkahan yang didakwa sama itu.
“Saya faham… Pahat yang berbunyi ini sebenarnya bukanlah kerana menafikan rezeki Hady, sebaliknya kerana terasa akan ‘lemahnya’ juri dalam menilai pelbagai bakat, versatil, zat bintang yang ada pada Naqiu.
“Sehingga seolah-olah rezeki Naqiu sebagai juara mutlak pula dinafikan apabila akur pada pemarkahan,” ulas Khir.
GV adlh program yg bersifat 'sekadar hiburan' ..jangan la ambik serius sangat ? ..sebarang keputusan adalah utk dijadikan 'talking point' ..demi business ..so relaks je ?
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) December 23, 2019
Yg paling penting ..jangan sesekali marah kpd Hardy Mirza ..bukan dia yg membuat keputusan utk melepaskan 2 juara
'Kejujuran' dan 'kuasa' keputusan adlh tanggungjawab Juri dan Astro ..hanya mrk yg boleh mengiyakan mahupun menidakkan permakahan yg didakwa sama itu.
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) December 23, 2019
Sy faham ..pahat yg berbunyi ini sebenarnya bukanlah krn menafikan rezeki Hardy, sebaliknya krn terasa akan 'lemahnya' juri dlm menilai pelbagai bakat/versatile/zat bintang yg ada pd Naqiu ..hingga seolah2 rezeki Naqiu sbg juara mutlak pula dinafikan apabila akur pd permahakan.
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) December 23, 2019
Typo, maksud sy 'permakahan'
Apapun ..keputusan 2 juara ini tak ada kene mengena dengan kekalahan 0-2 Man U kpd Watford pd sekitar waktu yg sama semalam ..malah takda kena mengena dgn keputusan KWSP utk minta pemegang akaun yg kritikal di hospital utk dtg dan sign sendiri ?✌
— KEI RAMOSS (@KhirRahman) December 23, 2019
GV2019 melakar rekod apabila buat pertama kalinya menobatkan Naqiu dan Hady Mirza sebagai juara bersama.
GV sebelum ini pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim-musim terdahulu.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.
GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Sumber : MH
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang
Sumber: Gempakk
Leave a Reply