“Rezeki Saya Dapat Tempat Keenam” – Sham Visa Dedah Sebab Sertai GV Walaupun Tak Dapat Juara

Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Sham Visa sudah menjangkakan dirinya akan berada di kedudukan keenam pada konsert akhir GV2019.

Menurut Sham, dapat layak ke konsert akhir juga sudah membuatkan dia berada seperti pemenang.

 

“Sebelum ini saya jangkakan akan tersingkir lebih awal malah saya pernah beritahu pada pihak produksi konsert separuh akhir merupakan waktu terbaik untuk keluarkan saya kerana perlu berehat daripada masalah suara yang dialami.

“Tapi saya percaya pada rezeki yang telah ditentukan, saya terus dan lunaskan apa juga tanggungjawab yang diberikan sebagai seorang peserta GV2019,” ujar Sham kepada Gempak.

Sham ditemui selepas membuat persembahan di konsert akhir GV2019 yang diadakan di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.

Tambah Sham lagi, dia berasa lega apabila dapat mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh syarikat pengurusan untuk sekurang-kurangnya berada di konsert akhir.

“Lama saya menyepi dan kini saya dah kembali sebagai seorang yang baru, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak GV2019 kerana mneyediakan platform ini pada saya.

“Misi utama saya adalah untuk membina semula namanya dalam industri seni.

“Saya tahu saya tak menepati apa yang sepatutnya dilakukan sebab saya pun dah lama tak menyanyi. Tapi bagi saya enam bulan, saya akan jadi lebih baik,” jelas Sham lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#LiveUpdateMO Akhirnya tiba di pentas akhir #GV6. Abang Sham ‘Kembali Berontak Dalam Rentak’ dengan lagu ‘Haruskah Diuji’ & battle bersama #JattAli untuk lagu ‘Angguk-Angguk Geleng-Geleng’ pada konsert akhir Gegar Vaganza musim keenam malam ini. Kalah menang bukan lagi sasaran. Paling penting kita enjoy!✌?? . Management: @mindorder Photographer & Videographer: @neonpixelofficial Makeup: @kasihcicie Hair: @nurulshukor_official Designer: @azirun_ramly Shoes: @zeveshoes IEM: @ezd_acoustic_my Fans Club: @shamvengers . #MindOrder #MindOrderManagement #ShamxMindOrder #ShamVisa #ShamGV19 #ShamVengers #GV6 #GegarVaganza2019 #GegarVaganza @gegarvaganzaofficial

A post shared by Bluetooth Sham (@shamvisa.official) on

Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

GV2019 turut disokong oleh penaja bersama Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply