Tok Ram Jelaskan Kenapa Gegar Vaganza Ada 2 Juara Iaitu Naqiu Dan Hady Mirza

Melakar sejarah baharu, Naqiu Boboy dan Hady Mirza dinobatkan sebagai juara rancangan realiti hiburan popular Gegar Vaganza 2019 (GV2019)!

Pertarungan pentas akhir sebentar tadi menyaksikan kedua-duanya menewaskan empat bintang lain dengan mudah dalam dua pusingan solo dan battle.

Naqiu dan Hady Mirza membawa pulang wang kemenangan RM100,000 beserta pakej percutian ke Eropah Timur dan Timur Tengah, pakej ubah suai ruang tamu dan ruang dapur, penginapan di Hotel Tenera Bangi serta trofi.

Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jatt Ali yang membawa pulang wang tunai RM30,000, pakej percutian ke Shanghai dan Disneyland, pakej ubah suai ruang makan, penginapan di Hotel Tenera Bangi dan trofi.

Sementara Nurfatima dan One Nation Emcees terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat keempat dan kelima. Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM20,000, pakej percutian ke Chiang Mai, Thailand dan RM15,000, pakej percutian ke Ho Chi Minh, Vietnam dan trofi.

Tidak pulang dengan tangan kosong, Sham Visa akur di kedudukan terakhir dengan wang saguhati RM10,000, pakej percutian ke Jakarta, Indonesia dan trofi.

Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk Rizalman Ibrahim.

Program realiti nyanyian dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

GV pernah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah dan Noryn Aziz sebagai juara musim terdahulu.

KENAPA ADA 2 JUARA GEGAR VAGANZA 2019

Ramli MS atau lebih dikenali sebagai Tok Ram menjelaskan kenapa Gegar Vaganza 2019 ada 2 Juara dan tiada naib juara. Selepas selesai Konsert akhir Gegar Vaganza 2019, satu press conference diadakan untuk menjelaskan kenapa mesti ada 2 Juara.

Tok Ram menjelaskan mengikut dari segi permarkahan Naqiu dan Hady Mirza mendapat markah yang sama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

#GempakLive: “Saya selaku ketua juri, dan decide juara adalah 2, mereka equal – Tok Ram. Fuh terbaik la, juri pun tak boleh nak decide siapa juara dan naib juara, sebab dedua hebat ! Apa pendapat korang ?? . . #farmfreshmilkmalaysia #FarmFresh #IniBarulahSusuSegar #GV2019 #GegarVaganza

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on

Tok Ram juga menjelaskan bahawa Naqiu dan Hady Mirza adalah sama hebat. Disebabkan markah yang sama, beliau sebagai Ketua Juri perlu membuat keputusan untuk memilih Juara.

Tok Ram telah meminta pihak ASTRO untuk memberi Juara kepada 2 orang dan cadangan Tok Ram diterima oleh pihak ASTRO.

Pihak ASTRO juga mengesahkan bahawa tiada nombor dua atau Naib Juara untuk Gegar Vaganza 2019.

Artikel By: Viddy Media via ceritaa

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisangg

Be the first to comment

Leave a Reply