“Kenapa Semua Sebut Nama Aku Untuk Pengacara MeleTOP?” – Ain Edruce

“Kenapa semua sebut nama aku untuk pengacara MeleTOP? Dorang tak nak. Nak buat camne gais. Dah-dah hahahaha,” tulisnya sambil seloroh.

 

Nama Ain berlegar-legar di laman Twitter sejak beberapa hari lalu apabila segelintir pengikutnya sebulat suara inginkan Ain menjadi pasangan kepada pelawak dan pengacara Nabil Ahmad.

“Hahahah because you deserve kak Ain. Your character yang humble and sporting. Lepastu kelakar pulak tu your talented. Cakap sikit je dah buat orang gelak. I think you ada chemistry with abg Nabil.

“Kalau Ain jadi host, dah tak jadi meletop dah, jadi meletop-kuasa-dua. Hahahaha.

“Kak ain jadi host best tau, selamba.. Memang lagi meletop lah meletop tu hahahahaha.

“Sebab kami sependapat tak ada orang lain yang sehavoc seorang @ainedruce. Confirm letop set meletop tu nanti,” antara komen-komen netizen.

Pada 3 Disember lalu, pengacara wanita terkenal Neelofa mengumumkan akan mengundur diri sebagai pengacara MeleTop selepas tujuh tahun mengendalikan program itu.

Berikutan itu, tiga selebriti wanita popular lain iaitu Mira Filzah, Jihan Muse dan Siti Nordiana turut disebut-sebut bakal menggantikan tempat Neelofa.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: gempak

Be the first to comment

Leave a Reply