Umur 12 tahun, tapi dah sama level dengan ‘makcik bawang’… anak dedah ibunya speechless disapa di tingkap kereta sebelum tergelak kuat

“SEBIJI macam makcik bawang”.

Itulah komen netizen melihat gelagat seorang budak perempuan yang berceloteh seperti ‘makcik makcik’ dalam loghat utara.

Malah gelagat kanak-kanak itu melakonkan gaya ‘makcik bawang’ siap dengan ‘tudung kelepet’ sangat menjadi dan berjaya membuatkan ramai netizen terhibur.

“Dia buat jadi sungguh… adoi pecah perut pagi-pagi ni,” tulis Areliyah.

“Berapa kali dok ulang… ngekek sorang-sorang haih. Pandai sungguh hang membawang noh,” kata Suhaila.

Aksi spontan Qistina membuatkan netizen terhibur.

Kanak-kanak itu yang dikenali sebagai Qistina Salehudin ketika dihubungi mStar berkata dia tidak menduga aksi spontannya itu menjadi tular di media sosial.

“Waktu tu saya tengah fotostat gambar tapi kedai ramai sangat orang. Sementara nak tunggu giliran saya buat aksi spontan macam tu.

“Masa tu saya saja nak buat lawak-lawak sikit dan tak sedar kakak rakam video. Terkejut juga bila dapat tahu video dah viral,” katanya.

Murid darjah enam di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah itu turut mengakui dirinya memang suka berlakon.

 

Memang saya selalu buat macam ni. Kalau sehari tak gelak, hidup rasa macam kekosongan. Saya kadang duduk depan cermin pun boleh buat lawak.

QISTINA SALEHUDIN

“Saya memang suka berlakon. Topik ‘makcik bawang’ tu tiba-tiba terlintas di fikiran sebab setiap kali mama terjumpa kawan-kawan mesti depa (mereka) akan buat macam tu.

“Waktu tu mama layankan aje saya. Sebenarnya dalam video tu mama nak bercakap tapi dia tahan gelak. Lepas je video tu dia gelak kuat,” katanya.

Qistina bercita-cita mahu menjadi pelakon versatil.

Pada masa sama, anak bongsu dari empat beradik itu berkata dia juga sering berjenaka dengan keluarga dan rakan-rakannya.

“Memang saya selalu buat macam ni. Kalau sehari tak gelak, hidup rasa macam kekosongan. Saya kadang-kadang duduk depan cermin pun boleh buat lawak.

“Lepas tu adik-beradik pun layan. Kawan-kawan pun terhibur. Kadang-kadang kalau mereka nak marah terus tak jadi marah,” katanya.

Jelas Qistina lagi, dia tidak menolak peluang andai diberi tawaran untuk menjadi pelakon.

“Sudah tentulah nak. Saya tak segan pun. Dulu saya pernah nak cuba pergi uji bakat (suara) Upin Ipin tapi tak ada rezeki.

Reaksi netizen yang kagum dengan bakat lakonan Qistina.

“Saya tak sempat nak pergi sebab ada hal kecem4san waktu tu. Kalau diberi peluang saya mahu menjadi pelakon serba boleh bagi watak komedi, sedih dan juga marah,” katanya.

Sejak video perkongsian kakaknya, Nur Aleya tular di Facebook, Qistina berkata dia turut diusik guru-gurunya di sekolah.

“Lepas viral ramai kawan-kawan tegur. Dekat sekolah pun cikgu panggil saya Qistina ‘makcik bawang’. Macam tak percaya video tu ramai yang share,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bila makcik bawang jumpa geng… pandai adik ni berlakon noh. Menjadi pulak tu ? #mstarkongsi #janganseriussangat #mstarSS

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber:  Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply