Kak Lina disambut meriah di Kuala Krai, 10 foto cvri perhatian ramai

Penyanyi dan pelakon popular itu selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan, Cikgu Azlan pada 18 Januari lalu manakala semalam pula berlangsungnya majlis sambut menantu di kampung suaminya itu.

Majlis sambut menantu

 

Ternyata, Kak Lina disambut dengan cukup meriah oleh keluarga pihak lelaki di Kuala Krai dan foto-foto moment berkenaan juga dikongsikan menerusi laman Instagram milik selebriti ini.

Kak Lina juga kelihatan sangat cantik dengan mengenakan tudung disamping selebriti ini juga sangat jelita memakai busana dari Adam R Lamaison dan manis sedondon dengan anak dan suami dengan warna serba putih.

Setiap perkongsian daripada selebriti ini menjadi perhatian peminat dan pengikut dilaman Instagram dan Elly Mazlein juga dilihat bersyukur dan berterima kasih kepada keluarga Mertuanya.

“Thank you sudi menyambutku wahai keluarga mertua. Thank you kerana bagi Lina rasa semua ni. Thank you atas kasih sayang ini. Terasa diri disayangi. Alhamdulillah. 28 January 2020.”

Ini antara foto dikongsikan pelakon Kampung People yang membuatkan rata-rata peminat dan pengikut turut tumpang gembira dan kecantikan selebriti ini juga menerima pujian ramai.

Disambut meriah

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LepatPisang

Sumber: Elly Mazlein via HCL

Be the first to comment

Leave a Reply