“Saya Boleh Mempunyai Lebih 4 Pembantu Rumah Jika Mahu, Tapi..” – Anzalna Nasir

Pelakon, Anzalna Nasir ada berkongsi cerita perihal mengenai rumah tangga dan perkembangan anaknya, Mohamad Eidrees menerusi laman media sosial.

Menurutnya, dia tidak memililki pembantu rumah bagi menguruskan hal anaknya.

Meski sibuk dengan kerjaya, Anzalna memaklumkan dia tetap komited untuk menjaga anaknya secara sepenuh masa yang kini sudah menjadi keutamaan buat dirinya.

“I can have more than 4 maids/helpers if I wanted to but I chose not to because this is the most precious moment in my life and I just want to cherish every moment with my son.

“Tak tau lagi bila akan merasa macam ni. No maid, no problem because I have a very helpful husband and family.

“Kalau both ada kerja baru family/MIL tolong jagakan. No outsiders! Sanggup tolak job kalau mereka pun busy. Work comes first but my #1 priority is on @mohamadeidrees now.,” tulisnya.

Di samping itu, peminat turut mendoakan agar perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat di ruangan komen entri berkenaan.

Untuk rekod, Anzalna dilahirkan pada 9 Januari 1988 di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan merupakan anak kedua daripada lima adik-beradik.

Finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini mendirikan rumah tangga bersama Hanif Zaki pada 21 Februari 2016 dan dikurniakan anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019 di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

“Kami Tak Pernah Guna Harta Keluarga & Bermula Dari Zero,” Anzalna & Hanif

Kisah Anzalna menghadiahkan bapanya sebuah kereta mewah memang menyentuh setiap hati yang bergelar ibu bapa mahupun anak. Nyata anak yang mempunyai darah kacukan Cina-Punjabi ini memang seorang anak yang tahu menghargai jasa kedua ibu bapanya.

Namun Anzalna menyangkal pendapat yang mengatakan pasangan, Anzalna dan Hanif ini mampu berjaya dengan mudah kerana memiliki keluarga kaya-raya. “Saya jumpa Hanif ketika dia masih lagi student dan saya baru sahaja bermula dalam industri seni. Kami masing-masing masih muda dan berusia 21 tahun ketika itu.

Walaupun kami sama-sama tak punya apa-apa ketika itu tetapi, kami berdua mengamalkan budaya setiap tahun akan fight untuk sesuatu target. Contohnya tahun tersebut saya mahu membeli rumah. Kami akan sama-sama ‘bertaruh’ siapa yang dulu dapat beli rumah.

And then next year kata lah saya nak beli sebuah jenis kereta, we both will compete. Benda ini bukan selalu, at least dalam setahun we need something big to achieve. Kalau tak dapat it’s okay. Sekurang-kurangnya kami berdua mencuba untuk mendapatkan sesuatu.

Kami berdua merencana kehidupan sekurang-kurangnya mencapai satu target setiap tahun. So bila kami berjaya mencapainya itu akan menjadi big achievement for us. Perubahan kehidupan begini membanggakan kami berdua kerana bermula dari bawah.

Jadi kata-kata seperti, “Ala, you berdua boleh lah sebab anak orang kaya,”. Tidak, sebenarnya sebab kami berdua bekerja keras dan berusaha untuk mencapai apa yang diperoleh sekarang.

Kami berdua ada bisnes sendiri and we don’t depend on our own family. We know our family can support us but for me, lagi bagus dan lagi bangga bila apa yang dikecap kini adalah hasil titik peluh sendiri,” bicara Anzalna yang sedang hamil anak pertama.

Hanif yang setia di sisi Anzalna pula menambah, “Saya sebenarnya bukan lah anak orang kaya sangat, anak orang biasa-biasa saja. Kalau saya anak orang kaya, saya tak perlu bekerja pun.

Memang betul we both start from zero, from nothing. Kerjaya kami tak ada kena mengena dengan famili. Famili kami hanya support, apa yang kami berdua nak, until where we got today.

Dan saya percaya lagi satu yang paling penting, semua orang kena fokus dekat strength atau kekuatan masing-masing. Setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing jadi fokus pada kekuatan itu.

Jangan fokus weakness atau kelemahan, insyallah kejayaan akan menyusuli. Strength saya mungkin saya boleh convince orang and in term of business I senang nak convince orang. Saya ada kelemahan juga tapi saya fokus ke arah kebaikan kepada kekuatan itu,” tutur Hanif Zaki yang bekerja sebagai Pengurus di DRB-Hicom.

sumber: nona

Be the first to comment

Leave a Reply